Skip to main content

Tragedi TITANIC di Abad ke-21 (Berulang Lagi !!)





 Oh, ianya sangat ironik! Kejadian kapal persiaran mewah Costo Concordia yang tenggelam baru-baru ini sangat mengingatkan Encik Billy dengan kejadian kapal TITANIC yang tenggelam kira-kira 100 tahun yang lalu (15 April 1912). Korang boleh lihat gambar2 di bawah ini dan pasti korang akan dapat relate gambar2 ni dengan beberapa scene dari filem Titanic...ianya sangat identical dan ironic!






















Petikan daripada Berita Harian:


Sebuah kapal persiaran mewah karam di persisiran Tuscany, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut dan memaksa 4,165 penumpang dipindahkan dengan bot penyelamat ke pulau berhampiran.

Tidak dapat dipastikan mangsa yang terbunuh adalah penumpang atau kru, begitu juga kerakyatan mangsa. Punca mereka maut masih belum diketahui.

Mangsa yang terselamat ditempatkan di sekolah, hotel dan gereja di pulau Giglio, tempat percutian popular terletak kira-kira 25 kilometer ke pantai barat tengah Itali.

Seorang wartawan berkata:

“Kami sedang menikmati hidangan makan malam apabila lampu tiba-tiba terpadam, dan kemudian kami mendengar bunyi dentuman kuat dan makanan bertaburan di atas lantai. Kejadian berkenaan seperti adegan filem Titanic, semuanya terjadi dalam sekelip mata,”
 
Punca utama kemalangan masih tidak diketahui tetapi penggera pertama berbunyi pada jam 10.30 malam, kira-kira tiga jam selepas Concordia memulakan pelayaran dari pelabuhan Civitavecchia, ke pelabuhan pertama, Savona, di barat laut Itali.


Pegawai pengawal pantai berkata, kapal berkenaan melanggar halangan, tidak diketahui jika ia mungkin melanggar batu karang di perairan Giglio, menyebabkan garisan sepanjang 50 meter di bahagian kiri kapal itu, dan mula dimasuki air.

Kapten kapal itu kemudian cuba mengemudikannya ke perairan cetek, berhampiran pelabuhan kecil Giglio, bagi menjadikan usaha memindahkan penumpang dengan bot penyelamat lebih mudah.

Namun, kapal berkenaan mula condong ke bahagian kanan, menjadikan usaha mendekatkan bot penyelamat semakin sukar dan helikopter terpaksa digunakan bagi menyelamatkan penumpang.

 sumber: berita harian, dailymail.co.uk

Comments

  1. did the shipbuilder learn nothing from titanic??

    ReplyDelete
  2. beza nyer..muke2 mangsa lbh tenang la. hehe..xtau la sbaliknyer kn.. =} ksimpulan sndri!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.