Skip to main content

(GAMBAR) Lari Bogel Untuk Alam Sekitar di Filipina





Berpuluh-puluh lelaki berlari dalam keadaan berbogel di sekitar kampus sebuah universiti di bandaraya Manila, menggesa ditingkatkan usaha bagi menyelamatkan bumi dan meningkatkan kebersihan sungai. 


Aktiviti itu yang menjadi amalan tahunan di Universiti Filipina menyaksikan peserta berlari menerusi dewan dengan hanya memakai topeng untuk menyembunyikan wajah mereka dan membawa sepanduk menggesa langkah diambil bagi melindungi alam sekitar.

Kumpulan itu mengambil satu isu setiap tahun dan tahun ini mereka bergabung dengan kumpulan alam sekitar bagi membersihkan 20 sungai dan saliran yang tercemar di Manila.

Larian tahunan itu dikatakan bermula pada 1970-an apabila ahli kumpulan yang berbogel berlari sekitar kampus untuk membantah tindakan bekas Presiden Ferdinand Marcos menapis sebuah filem yang mengkritik pentadbirannya.


Orang ramai memenuhi dewan untuk melihat larian itu semalam walaupun tidak semua memahami mesejnya.

‘Apa juga yang mereka perjuangkan, saya rasa ia pasti didengar dan didedahkan. “Meskipun mereka mempunyai cara yang ganjil untuk menyuarakannya, sekurang-kurangnya isu itu dibangkitkan,” kata Mariel Abao, pelajar jurusan pelancongan.


Lagi gambar-gambar: 









sumber: harian metro, washingtonpost

Comments

  1. salam...

    lama dah alif tak singgah sini..

    alang2 tu, alif nak ajak bagi pandangan jap...

    http://bloggeralif.blogspot.com/2011/12/lelaki-jambu-vs-lelaki-macho.html

    ReplyDelete
  2. la... kok kena ribut, semua kenderaan dan orang pula masuk sungai macam dalam tv tadi

    ReplyDelete
  3. berkempen untuk selamatkan bumi dan alam sekitar ni memang sangat baik la..kiranya da ada objektif y murni..
    tapi perlu ke berbogel..
    cam da x de pendekatan lain...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.