Soalan : Adakah batal puasa seseorang itu, ketika waktu puasa terkeluar air mazi dan air mani? Boleh nyatakan dengan teliti apa itu air mazi dan air mani?
Jawapan:
Air Mazi
Air mazi berbentuk cecair jernih yang keluar melalui kemaluan lelaki dan wanita ketika berkeinginan atau melihat perkara-perkara yang mengghairahkan. Ia najis dan membatalkan wuduk. Cara membersikannya ialah dengan merenjiskan air pada pakaian atau anggota yang terkena cecair itu.
Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa. Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafi’e, Awzai’e, Hasan al-Basri, As-Sya’bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Kita di Malaysia, berpegang pada mazhab Syafi'e.
Jadi puasa adalah tidak batal dan tidak perlu diganti. Tetapi seseorang hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membangkitkan syahwat kerana ia mengurangkan pahala puasa.
Air Mani
Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Batal puasa bagi orang yang mengeluarkan maninya dengan sendiri atau sengaja seperti bersetubuh dengan isterinya, onani atau berkhayal memikirkan kecantikan tubuh wanita sehingga terkeluarnya mani. Begitu juga dengan wanita yang berkhayal atau onani sehingga mengeluarkan air maninya dengan sengaja. Hal ini juga merupakan dosa dan perbuatan yang dimurkai oleh Allah.
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.
Ciri-ciri Keluarnya Mani
- Bau air mani yang kurang enak, bau pandan, bau Clorox, bau putih telur atau bau seperti tepung diuli.
- Keluar dengan keadaan syahwat dan mengairahkan, setelah keluar air mani badan akan merasa lemah.
- Keluarnya memancut atau meleleh.
- Air mani lelaki warnanya putih pekat seperti hingus atau susu getah yang melekat. Air mani wanita warnanya kuning jernih seperti tidak berwarna dan agak cair sedikit.
Cara Ganti Puasa Bagi Orang Onani Ketika Puasa
Orang yang sengaja mengeluarkan maninya pada siang hari puasa Ramadhan dengan cara onani sama ada dengan tangannya sendiri, tangan isterinya atau lain-lainnya. Maka puasanya batal dan harus baginya meneruskan puasanya sebagai menghormati Bulan Ramadhan. Orang tersebut diwajibkan ia ganti kembali puasanya yang batal disebabkan onani sebelum menjelangnya Ramadhan tahun hadapan. Kalau ia belum ganti puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan tahun hadapan, maka ia diwajibkan puasa ganti dan membayar fidyah.
Wallahua'lam.
stakat sekaran masih dalam keadaan terkawal muaheee..informasi terbaik
ReplyDeletebagus info nie... :)
ReplyDeleteair mani hang ke tu
ReplyDelete