Skip to main content

Kecoh Tarikh Hari Raya Aidilfitri di Indonesia





Kerajaan Indonesia mengisytiharkan bulan tidak berada di kedudukan tepat untuk mengakhiri bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri ditangguhkan sehari kepada esok.
.

Di Indonesia menimbulkan kekeliruan pada umat Islam di republik itu yang menjangka Aidilfitri disambut semalam (30 Ogos).

Seorang suri rumah, Nur Arifah tidak menjangkakan pengisytiharan kerajaan tersebut yang diumumkan lewat Isnin dan telah bangun awal untuk memasak daging bagi keluarganya di Jakarta.

"Anak saudara saya semua sudah berkumpul di rumah bapa saya untuk menyambut Aidilfitri dengan pakaian baru tetapi ia salah hari. Pasar sudah pun tutup, jadi saya tidak dapat menyediakan masakan baru. Kami mungkin kena makan mi segera pada Aidilfitri esok,'' ujarnya.


Ahli falak dan badan-badan agama menasihatkan kerajaan Indonesia bahawa bulan terlalu rendah untuk diisytiharkan Aidilfitri.

Menurut Ketua Pengarah Hal Ehwal Islam di Kementerian Agama, Nasaruddin Umar, persetujuan telah dicapai dalam kalangan ramai pihak termasuk pakar-pakar astronomi, tentera laut, Agensi Penilaian dan Aplikasi Teknologi serta cendekiawan Islam bahawa kedudukan anak bulan amat rendah sekali gus menyebabkan 31 Ogos adalah tarikh yang tepat untuk permulaan bulan Syawal.

Bagaimanapun, ahli Muhammadiyah, kumpulan agama kedua terbesar di Indonesia, menyambut Aidilfitri semalam, memandangkan ahli falak menyatakan ia disambut pada hari tersebut. Negara-negara lain seperti Arab Saudi, Palestin, Rusia, Mesir, Malaysia, Sudan, Kenya, Belanda, Kosovo, Afghanistan, Somalia, Bosnia, Syria, Jordan, selatan Thai dan Filipina., merayakan Aidilfitri semalam.


"Keadaan agak kelam-kabut. Orang ramai terpaksa menukar jadual yang mereka telah tetapkan banyak hari sebelum ini,'' kata Icha Susanto, pengurus akaun di sebuah firma swasta di republik itu.

"Kami kecewa kerana adalah sukar bagi anggota keluarga untuk berkumpul di satu tempa disebabkan pertukaran Hari Lebaran,'' ujarnya.

Susanto, 31, berkata, dia juga kasihan kepada keluarga dan penjaja makanan yang terpaksa membuang makanan yang telah mereka sediakan untuk hari pertama daripada tiga hari sambutan Aidilfitri.

sumber: kosmo, utusan

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.

Hukum Memakan Strepsils Yang Mengandungi Alkohol

Encik Billy terkejut la jugak bila adik en Billy kata haram memakan Strepsils sebab ada alkohol. Dia kata lebih baik makan Fisherman's Friend sebab takde alkohol. En Billy terkejut dan tak percaya. Biar betul? Ya, memang betul! Kalau tengok label kat belakang pek tu memang ada tertulis perkataan alcohol.  So, Encik Billy pun puaslah menjelajah mencari bukti bendahalah Strepsils ni haram dimakan. Dan rumusannya, Strepsils ni hukumnya HARUS dimakan dan tidak berdosa. Sila baca lanjutan artikel ini di bawah jika ingin tahu dengan lebih lanjut.