Skip to main content

Google Plus Kini Sudah Ada 25 Juta Pengguna





Rangkaian sosial terbaru, Google Plus keluaran syarikat Google Inc, telah menarik 25 juta pengguna Internet, sekali gus menjadikan ia laman web paling pantas meraih bilangan pengguna sedemikian ramai.


Menurut data yang dikeluarkan firma penjejak, comScore semalam, Google Plus yang dilancarkan lewat Jun lalu, mempunyai 25 juta pengunjung unik setakat 24 Julai lalu dan jumlah tersebut terus meningkat dalam kiraan jumlah kasar sejuta pengunjung setiap hari.

Jumlah itu disifatkan tinggi dibandingkan dengan Facebook yang memerlukan masa tiga tahun untuk menarik jumlah pengguna seramai 25 juta orang, manakala Twitter pula mengambil masa 30 bulan untuk jumlah yang sama.

Menurut comScore, walaupun data menunjukkan permulaan yang baik tatkala Google berusaha untuk mendominasi rangkaian sosial, ia tidak bermakna projek tersebut merupakan kejayaan jangka masa panjang.


Ini kerana rangkaian sosial Myspace sebelum ini memperoleh sehingga 25 juta pengunjung unik dalam tempoh kurang dari dua tahun, lebih pantas daripada Facebook dan Twitter, telah kehilangan ramai penggunanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam pada itu, data menunjukkan jumlah pengunjung unik Google Plus di Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada enam juta pengunjung unik, dan India pula melebihi 3.6 juta pengguna.

Kanada dan United Kingdom masing-masing mempunyai kira-kira sejuta pengguna, Jerman (920,000), Brazil (780,000) dan Perancis dan Taiwan masing-masing 500,000 pengunjung.

sumber: utusan malaysia

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.

Hukum Memakan Strepsils Yang Mengandungi Alkohol

Encik Billy terkejut la jugak bila adik en Billy kata haram memakan Strepsils sebab ada alkohol. Dia kata lebih baik makan Fisherman's Friend sebab takde alkohol. En Billy terkejut dan tak percaya. Biar betul? Ya, memang betul! Kalau tengok label kat belakang pek tu memang ada tertulis perkataan alcohol.  So, Encik Billy pun puaslah menjelajah mencari bukti bendahalah Strepsils ni haram dimakan. Dan rumusannya, Strepsils ni hukumnya HARUS dimakan dan tidak berdosa. Sila baca lanjutan artikel ini di bawah jika ingin tahu dengan lebih lanjut.