Skip to main content

20 Lagu Raya Paling Popular di Malaysia




Kini pelbagai lagu Raya Aidilfitri berkumandang dalam semua stesen radio. Bukan sahaja radio berbahasa Melayu, kita juga pernah mendengar ada stesen radio berbahasa Inggeris tidak ketinggalan untuk turut menyiarkan lagu raya.


Ia tidaklah satu kejanggalan. Di stesen radio berbahasa Inggeris terdapat juruhebah atau petugasnya orang Melayu atau sekurang-kurangnya beragama Islam yang sama-sama menjalani ibadat puasa.

Ini untuk mengambil mood atau menggambarkan suasana menjelang raya. Tambahan pula, Hari Raya Aidilfitri adalah antara perayaan utama negara kita. Semua bangsa dan kaum di negara ini, sudah faham sangat.

Dalam bab lagu raya ini, nampaknya, komposer, pencipta atau penulis lagu sekarang belum ada jawapan lagi bagaimana untuk menghasilkan karya setanding dengan lagu-lagu yang sudah berusia lebih 20 hingga 30 tahun.

Orang sekarang baik daripada orang muda, remaja atau budak-budak akan tetap memilih dan mengenali lagu Dendang Perantau, Selamat Hari Raya atau Balik Kampung. Bukan tidak ada lagu-lagu raya ciptaan terbaru. Sesetengahnya memang agak sedap didengar, tetapi masih belum mencapai tahap malar segar atau evergreen.

Pada tahun 1980-an, komposer hebat, Kassim Masdor pernah menghasilkan lagu bertema Aidilfitri malar segar seperti Bila Takbir Bergema nyanyian Rafeah Buang (lirik juga ditulis oleh Rafeah Buang), Suasana Riang Di Hari Raya - Junainah M Amin (lirik Yusnor Ef), Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri (Yusnor Ef) dan Selamat Hari Raya - Fazidah Joned (Jins Shamsuddin).


Lagu ini dihasilkan antara tahun 1972 dan 1973 dan masih relevan dan dapat diterima oleh generasi sekarang serta akan datang. Kata orang lagunya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Rahsianya, kata Kassim, melodi dan liriknya mesti memberi kesan kepada pendengar.

Jika melodinya riang ria, kegembiraan itu dikongsi bersama orang yang mendengarnya. Kalau iramanya bersuram duka, kesedihan itu dapat dihayati pendengarnya.

Melodinya menggambarkan suasana dan meruntun jiwa. Bukan sekadar irama dan melodi, liriknya turut memainkan peranan penting. Ada penceritaan dalam lagu itu. Liriknya bukan sekadar patah-patah perkataan untuk melengkapkannya menjadi lagu, tetapi ada makna dan peristiwa sama ada tersurat atau tersirat. Paling penting lagu itu mesti mudah menangkap jiwa pendengar. Istilah sekarang catchy.

Hal ini menjadikan lagu raya dulu-dulu dekat dengan jiwa pendengar kerana ada antara penceritaan itu ada kena mengena atau kaitan dengan perjalanan hidup mereka.

Satu perkara lagi, sebenarnya tidak banyak lagu raya dihasilkan pada zaman 1950-an, 60-an dan 70-an. Pada zaman 50-an antara lagu raya popular adalah Selamat Hari Raya nyanyian Saloma, Manusia Miskin Kaya - Nona Asiah dan Kamsani serta Aidil Fitri – Nona Asiah. Lama selepas itu muncul lagu Suara Takbir dan Dendang Perantau – P Ramlee pada awal 1960-an, disusuli Selamat Hari Raya – Ahmad Jais, dan Selamat Hari Raya – Fazedah Joned serta Musafir Di Aidilfitri, S jibeng pada akhir 1960-an.


Pada awal 1970-an lebih tepat 1972/73, baru dirakamkan lagu seperti Hari Yang Mulia - Sharifah Aini, Bila Takbir Bergema, Suasana Riang Di Hari Raya dan Bersabarlah Sayang. Jarak penciptaan sesuatu lagu itu agak lama tempohnya. Jadi bertahun-tahun orang mendengar lagu itu sehingga ada lagu baru lain.

Pada 1977, baru muncul lagi album raya yang diterima ramai Bergembira Di Hari Raya yang mengandungi lagu Seloka Hari Raya – Uji Rashid dan Hail Amir. Ini disusuli dengan tiga album raya malar segar pada awal 1980-an, iaitu Aidilfitri Bermaaf-maafan -1980 (ada lagu Bingkisan Untuk Perwira nyanyian Khadijah Ibrahim); Pemberian Di Hari Raya, 1981 (ada lagu Suatu Hari Di Hari Raya – M Nasir) dan Album Hari Raya – 1981 (ada lagu Pulang Berhari Raya). Selepas itu, tiada lagu raya yang menyengat kecuali yang dirakamkan oleh Siti Nurhaliza menerusi lagu Sesuci Lebaran.

Antara sebab lain lagu raya sekarang tidak best kerana tidak ada jiwa keMelayuan sama ada dari segi melodi atau liriknya. Persoalan penting untuk siapa dan tujuan lagu itu dicipta. Logiknya adakah ia untuk semua pendengar tanpa mengira kaum atau agama. Jika untuk orang Melayu dan Islam, perlu difikirkan bentuk lagu yang sesuai bagi tujuan itu.


Contohnya, lagu Sesuci Lebaran oleh Siti Nurhaliza yang dihasilkan pada alaf baru, popular dan diminati kerana melodi dan liriknya kena dengan jiwa pendengar. Ringkasnya lagu raya sekarang kehilangan jiwa untuk berhari raya – sekadar rentak, irama dan melodi berseni kata tema hari raya.



Berikut 20 Lagu Raya Paling Popular di Malaysia (mengikut ranking):
  1. Selamat Hari Raya-Saloma
  2. Suasana Di Hari Raya-Datuk Sharifah Aini
  3. Selamat Hari Raya-Datuk Sudirman Arshad
  4. Menjelang Hari Raya-Datuk D.J Dave
  5. Selamat Hari Raya - Fazidah Joned
  6. Suasana Hari Raya - Anuar & Ellina
  7. Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
  8. Dendang Perantau- Tan Sri P.Ramle
  9. Dari Jauh Ku Pohon Maaf-Datuk Sudirman Arshad
  10. Seloka Hari Raya - Hail Amir & Uji Rashid
  11. Suatu Hari Di Hari Raya-M.Nasir
  12. Kepulangan Anakmu - Aman Shah
  13. Sesuci Lebaran-Datuk Siti Nurhaliza
  14. Balik Kampung-Datuk Sudirman Arshad
  15. Pulanglah - Aishah
  16. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
  17. Indahnya Beraya di Desa - Azlina Aziz
  18. Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang
  19. Aidilfitri - Sanisah Huri
  20. Musafir di Aidilfitri - S Jibeng
sumber: berita harian, nst

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.