Skip to main content

Kajian Buktikan Lelaki Jadi Bodoh Depan Wanita Cantik




Pernahkah anda terfikir ekspresi keliru dan bosan di wajah lelaki ketika berbual dengan wanita cantik seperti dalam filem seperti There’s Something About Mary hanya sekadar lakonan, anda silap jika beranggapan sedemikian.


Laporan J-Cast mengenai kajian terbaru pakar psikologi di Universiti Radboud, Belanda, bahawa lelaki melakukan tindakan bodoh bila berinteraksi dengan wanita cantik.

Idea itu datang apabila seorang daripada penyelidik itu mendapati beliau tidak mampu mengingati alamat rumah semasa berbual kali pertama dengan wanita yang menarik minatnya.

Dalam usaha membuktikan teori mereka, penyelidik itu membuat kajian terhadap 40 pelajar lelaki heteroseksual, lapor J Cast.

Pelajar itu diminta melakukan ujian memori yang standard iaitu mereka perlu menghafal beberapa ayat dan mengulanginya. Kemudian mereka diarahkan berbual beberapa minit dengan kumpulan lelaki dan wanita sebelum mengulangi ujian hafalan itu.


Kajian itu mendapati, lelaki lebih lambat dan kurang tepat memberi jawapan selepas berbual dengan kumpulan wanita cantik itu. Lebih menarik wanita itu pada mata mereka, lebih rendah markah. Lebih mengejutkan, apabila ujian sama dilakukan terhadap sekumpulan wanita, tahap memori mereka sama tidak kira mereka bercakap dengan lelaki atau wanita.


Menurut ahli psikologi itu, hasil penyelidikan itu membuktikan lelaki diprogramkan untuk berfikir cara untuk mewarisi genetik, mere-ka lebih fokus secara reproduktif berbanding wanita terutama apabila berdepan dengan cabaran baru, lapor J-Cast.

Kajian itu mempunyai implikasi terhadap keberkesanan pencapaian lelaki di tempat kerja, semasa bertemu rakan kongsi atau keputusan peperiksaan pelajar lelaki di sekolah campur.

Jika lelaki hilang fungsi kognitif apabila berbual dengan wanita cantik di tempat kerja, lebih baik tidak mengambilnya bekerja dalam syarikat, kata seorang lelaki Jepun berusia 30 an yang bekerja di sebuah syarikat terkenal kerana mengambil wanita cantik bekerja.



p/s: teringin pula nak tahu apa reaksi wanita depan lelaki kacak....?

sumber: berita harian

Comments

  1. Reaksi mereka? Menggelupur la jawabnya.

    ReplyDelete
  2. kalo dapat cakap ngn laki kacak... saya akan terpegun ... dan jadi blur... hahhah... memalukan gak tu kan???

    ReplyDelete
  3. betul cakap nobita, pmpuan kalu depan laki kacak mesti menggelupur punya..kecuali yg kuat iman..he3

    ReplyDelete
  4. betul la..kekadang hilang idea bila cakap dgn perempuan cantik...

    ReplyDelete
  5. ahaha... blur, clueless, clumsy.. tht would be my respond.. haha~

    ReplyDelete
  6. entah.. x tau.. belum pernah lagi cakap ngan lelaki nsem.. hehe

    ReplyDelete
  7. blog panas....

    http://tube68.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. "lw llki kck pompm jd gbra..terpegun kn..tp aqu ok jew..huhu..

    ReplyDelete
  9. xberani kot nk pandang laki kacak tp lepas je laki kacak blah baru nak menyesal tak tgk. haha!

    ReplyDelete
  10. Klau jmpe lelaki kacak...biase setakat ni sy buat dekkkk je..haha...a.k.a. buat sardin je...klau boleh,x pndang mata dia..


    P/s: klau boleh tiap2 hri sy trpaksa mngelak dri bertembung or bercakap dgn lelaki kcak ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.

Hukum Memakan Strepsils Yang Mengandungi Alkohol

Encik Billy terkejut la jugak bila adik en Billy kata haram memakan Strepsils sebab ada alkohol. Dia kata lebih baik makan Fisherman's Friend sebab takde alkohol. En Billy terkejut dan tak percaya. Biar betul? Ya, memang betul! Kalau tengok label kat belakang pek tu memang ada tertulis perkataan alcohol.  So, Encik Billy pun puaslah menjelajah mencari bukti bendahalah Strepsils ni haram dimakan. Dan rumusannya, Strepsils ni hukumnya HARUS dimakan dan tidak berdosa. Sila baca lanjutan artikel ini di bawah jika ingin tahu dengan lebih lanjut.