Skip to main content

Buah Tembikai China Boleh Meletup!





Buah tembikai meletup - mungkin disebabkan peggunaan bahan kimia berlebihan oleh petani - sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai tahap keselamatan sektor makanan di negara ini. 



Media China berkata, hampir 120 ekar hasil tembikai di bandar Danyang musnah akibat kejadian itu selepas petani menggunakan bahan kimia forchlorfenuron untuk mempercepat pertumbuhan tanaman itu.

“Pada 7 Mei lalu, saya menghitung terdapat 80 buah tembikai yang meletup tetapi tengah hari ini bilangannya meningkat kepada 100,” kata petani, Liu Mingsuo kepada Stesen Televisyen Kerajaan, Televisyen Pusat China (CCTV) dalam laporan yang disiarkan baru-baru ini.

Menurutnya, dia menyembur tanaman itu dengan bahan kimia hanya sehari sebelum itu.


“Dua hari kemudian, saya tidak peduli lagi untuk menghitung,” tambah Liu yang mengaku menyembur forchlorfenuron di ladang tembikainya yang seluas tiga hektar - lebih daripada dua pertiga hasil tanamannya - musnah.

 
 
 

Bagaimanapun, laporan CCTV dan media lain turut memetik kenyataan pakar yang menyebut keadaan itu disebabkan oleh perubahan cuaca apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba di kawasan berkenaan yang mengalami kemarau sebelum ini.

sumber: http://www.bloomberg.com, hmetro

Comments

  1. mm..ksian semangka2 nie..
    p lg kesian kalu termakan dek orang...
    boley dpt penyakit nie..

    ReplyDelete
  2. dorg guna kimia byk sgt lah tu,kimia panas bg cepat masak kan.tu meletop kot.haih~

    ReplyDelete
  3. tulus selalu je makan tembikai kat sini....nasib baik tak meletup lam perut.huhu

    ReplyDelete
  4. klu tembikai pn x leh tahan, apetah lgi manusia. kan?

    ReplyDelete
  5. @tulus sweet tulus, hati2 k makan makanan kt sana..jgn mkn sembarangan :)

    ReplyDelete
  6. @atieshariffuddin yeah, itu baru tembikai, kalu manusia mgkin lg teruk jdnya..

    ReplyDelete
  7. jangan terkejut kalau orang skrg dapat penyakit pelik2....kebanyakan punca dari makanan....

    ReplyDelete
  8. itu kalau tengah nak makan tetiba meletup...fuhh..parahhh..

    ReplyDelete
  9. haha..kelakar nye tgok tembikai nie..xp kesian lark ngan tauke die...
    harap bersabor je,...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.