Skip to main content

Sejarah dan Latar Belakang Tertubuhnya WikiLeaks


WikiLeaks menjadi topik hangat beberapa ketika dahulu. Sehinggalah sekarang walaupun pengasasnya sudah ditangkap, ia masih menjadi igauan ngeri di beberapa negara.


Laman web WikiLeaks.org sebelumnya sudah pernah membuat gempar dan ditakuti. Tepatnya pada bulan Julai 2010 ketika laman web non-profit itu membocorkan puluhan ribu dokumen rahsia milik Amerika Syarikat mengenai perang di Afganistan. Dokumen itu kemudian dibocorkan ke laman web awam Wikileaks dan boleh diakses oleh orang ramai.

Siapa sebenarnya orang di sebalik WikiLeaks yang beberapa ketika dahulu berjaya membongkar fakta-fakta sekaligus rahsia besar milik pelbagai negara?

Julian Paul Assange
Orang yang dimaksudkan adalah Julian Paul Assange, yang merupakan pengasas sekaligus menjadi jurucakap WikiLeaks. Dia membangunkan laman whistle-blower tersebut sejak Disember 2006. Assange adalah seorang aktivis Internet dan seorang wartawan berasal dari Australia. Sebelum menubuhkan WikiLeaks, lelaki yang lahir pada 3 Julai 1971 itu hanyalah seorang lepasan ijazah dalam bidang matematik dan fizik yang bekerja sebagai programmer.


Pada tahun 2006, Assange memutuskan untuk fokus kepada pembangunan WikiLeaks. Dia terlibat dalam mengumpul dokumen dan menyiasat satu kes pembunuhan yang tidak dibicarakan di Kenya. Selain itu, dia juga terlibat dalam kes pembuangan bahan beracun ke pantai Afrika, disusuli dengan publikasi manual Church of Scientology, prosedur di Teluk Guantanamo, dan bahan-bahan penting yang melibatkan bank-bank besar seperti Kaupthing dan Julius Baer.

Mungkin beberapa penemuan Assange yang disebutkan di atas masih asing di telinga anda. Namun, yang paling menarik perhatian dunia adalah ketika Assange membongkarkan ratusan ribu dokumen milik tentera AS, termasuk pencerobohan Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq.


Pada 28 November 2010, WikiLeaks dan lima rakan medianya yang lain berjaya membongkarkan dokumen-dokumen tersebut di website cablegate.wikileaks.org. Sayangnya, website itu serta-merta ditutup oleh pemilik domain di Amerika Syarikat (AS).

sumber: ruanghati.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.