Skip to main content

Bahaya Minum Teh Ais Terlalu Kerap


Pernah tengok iklan Lipton bertajuk 'Kebaikan Teh' dekat TV beberapa waktu dulu? Dalam iklan tu, ditunjukkan beberapa responden yang ditemu-ramah mengatakan bagaimana dengan meminum teh dapat memberi faedah kepada mereka. Pernah tengok ke tak? Hehe...



Tapi tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita penyakit batu karang.

Seperti dipetik dari akhbar Times of India, teh ais mengandungi kuantiti dan konsentrasi tinggi oksalat (oxalate acid), salah satu bahan kimia utama yang membantu dalam pembentukan batu karang. 

“Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal,  teh ais secara jelas menjadi minuman terburuk,” kata Dr John Milner, pembantu profesor di Department Urology, yang turut membantu dalam kajian itu.

Milner mengatakan, teh panas juga sebenarnya menyimpan kesan buruk yang sama. Hanya saja, penyediaan dan penyajian teh panas biasanya lebih sedikit kuantitimya. Secara logiknya pula , orang meminum teh panas tidak akan sebanyak bila meminum teh ais. Sangat jarang orang mengambil teh panas ketika haus. Berbeza dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas ketika haus dan cuaca panas.

Oleh sebab itu, Milner menyarankan agar mereka ini menggantikan pengambilan minuman itu dengan air kosong, atau mencampurnya dengan limau. “Limau kaya dengan kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu karang,” kata Milner.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam peluh, ginjal atau saluran kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam keadaan tertentu boleh mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.

Para pengkaji juga menyenaraikan sejumlah makanan lain yang berpotensi mendatangkan bahaya kesihatan. Mereka antara lain menyenaraikan: bayam, coklat, kekacang, garam, dan daging.

Sebaiknya, pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu diambil secara sederhana demi kesihatan ginjal. Sertakan pula pengambilan itu dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mengurangkan oksalat dalam tubuh. Dan, tentu saja perbanyakkan meminum air kosong.


sumber: http://muhammadfaishal.blogspot.com

Comments

  1. tapi bro teh diperkaya dengan vitamin B, C, E. Vitamin B2 dalam teh adalah sepuluh kali ganda lebih banyak berbanding yang terdapat dalam bijirin dan sayuran..

    memang benar teh boleh mengakibatkan batu karang diginjal tetapi pengambilan teh perlu diseimbangkan dengan pengambilan air kosong. sekiranya kita meminum air teh setiap hari dan pada masa yang sama kita mengambil jumlah air kosong secukupnya setiap hari..batu karang xkan menjadi masalah.

    yang berpotensi amat sangat dan sangatlah perlu dikurangkan adalah pengambilan makanan seperti makanan laut kerana bepontensi tinggi dapat sakit gaut, batu karang dan beberapa lagi :)

    ReplyDelete
  2. betol ckp rizuan:
    ak study foodtech, sbnarnye mknn sumer nie kalu nak jage kesihatan yg penting cara pengambilan..
    contohnye vitamin, org ramai kecoh2 g farmasi bli mcm2 vitamin sbb percaye vitamin mmg baek!... ye btol tp kalu amek berlebihan vitamin2 nie boleh menyebabkan toxicity.. kalsium sumer tue samer gak.. same je konsep ngan teh nie...
    sekian entrii pendek dr ak..haha

    ReplyDelete
  3. @Rizuan Ismail tak dinafikan teh punya khasiat dan kelebihan tersendiri...cuma, seperti tajuk entri ni sendiri, pengambilan yg terlalu kerap dlm dos yg berlebihan boleh mendtgkan masalah..selain diseimbangkan dgn air kosong, disyorkan juga mencampurkan teh dgn limau yg dpt mencegah batu karang :)

    ReplyDelete
  4. @Izlan HoiHoi tenkiu..entri pendek berguna! sebaiknya semua benda diambil secara moderate..cara pengambilan mmg penting

    ReplyDelete
  5. apa2 pun kalau dimakan berlebihan boleh jd bahaya..

    ReplyDelete
  6. alapak..minuman kosukaan pakcik tu..nak pulak campur limau kasturi..peh!

    ReplyDelete
  7. Nak tanye pd kawan2 yg arif..minum tea o ais limau,ape kah kesan nye terhadap kesihatan..

    ReplyDelete
  8. bukan tehnya yang burukim tapi ice yangh berbahaya

    ReplyDelete
  9. sy takut untuk minum ice lemon tea....saya telah minum selama 4 tahun.....non stop.....satu hari 4 botol besar..dan terlalu kurang minum air kosong......skrg sy rasa susah untuk berhubungan sex dengan gul fren sy.....betul ke hal ini sebabkan saya terlalu banyak minum ice tea????tolong jwp soalan ini.....

    ReplyDelete
  10. pls answer my question.....!"!"

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”