Skip to main content

Fesyen Tudung Michelle Obama Jadi Trendsetter



 Pemakaian tudung oleh first lady Amerika Syarikat, Michelle Obama, ketika berkunjung ke Masjid Istiqlal, Jakarta baru-baru ini heboh diperkatakan di seluruh Indonesia, malah tidak terkecuali di Malaysia sendiri. 
Michele, ketika menemani suaminya Barack Obama melawat masjid terbesar di Asia Tenggara itu, mengenakan tudung yang dililit kemas menutupi rambutnya sambil menyarungkan blazer dan seluar labuh berwarna hijau muda. Tampak kemas dan sederhana dan yang paling penting tampak sopan dan hormat pada tempat yang dilawatinya.
 Perkara ini telah membawa rahmat buat penjual tudung di Pasar Tanah Abang, Jakarta apabila diserbu oleh orang ramai setelah mengetahui bahawa tudung yang dipakai oleh Michele itu, dibeli dari situ.
Hal ini diakui sendiri oleh Murni, Ketua Persatuan Pedagang Pasar Tanah Abang (P3TA),  yang menyatakan kesan penggunaan tudung tersebut dapat dilihat dengan meningkatnya jumlah  pedagang pakaian muslim yang berjumlah sekitar 1260 pedagang di situ .
"Hal ini mengingat Barrack Obama meruapakan salah satu pemimpin yang paling terkenal di dunia. Apapun yang berhubungan dengan Obama pasti menarik perhatian masyarakat. Tidak terkecuali kerudung yang dipake  istrinya. Buktinya setelah menyaksikan tayangan televisi banyak masyarakat membeli kerudung di sini,” kata Murni.
 
p/s: walaupun Michele ni bukan Muslim, aku sgt respek dengan dia ni sebab mampu untuk tutup aurat dengan lengkap ketika melawat masjid. Tak macam sesetengah isteri pemimpin kita di Malaysia ni, yang nama saja Islam, tp bila ke masjid/ acara tilawah/ acara keagamaan, sekadar pakai selendang tayang jambul tinggi!

 

Comments

  1. betul2!!!tak payah la ckp isteri2 pemimpin, kte sebagai org biasa ni pun de je yg g masjid tp pkai selendag semata2~~

    ReplyDelete
  2. cik mar:huhu betul tu.dikalangan org biasa sbnanya lg ramai kot.tp aku just nk point to isteri2 pemimpin kat malaysia ni supaya comparable dgn status michelle yg juga isteri sorg pemimpin...dlm hal ni, respek kt permaisuri Nur Zahirah.cth terbaik yg wajar diikuti oleh 'mereka2 ini'

    ReplyDelete
  3. bagos,semoga dicontohi oleh pemimpim2 barat yang lain. kagum ngan permaisuri Nur Zahirah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.