Skip to main content

8 Sungai Paling Bersih di Malaysia


Sungai Maliau
Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia, berikut merupakan 8 sungai terbersih di negara ini:
  1. Sungai Petang (Kedah)
  2. Sungai Penjuring (Pahang)
  3. Sungai Teranum (Pahang)
  4. Sungai Teras (Pahang)
  5. Sungai Liawan (Sabah)
  6. Sungai Tandulu (Sabah)
  7. Sungai Maliau (Sabah)
  8. Sungai Sualong (Sabah)
Kebersihan sungai-sungai tersebut membolehkan airnya dijadikan sumber bekalan tanpa memerlukan rawatan.

Di kalangan lembangan sungai pula, kualiti air di 58 lembangan didapati bersih, termasuk lembangan-lembangan sungai Melaka di Kedah, Sungai Golok di Kelantan, Sungai Rajang di Sarawak dan Sungai Kinabatangan di Sabah.

Lembangan Sungai Sepang di Selangor, Sungai Linggi di Negeri Sembilan, Sungai Samarahan di Sarawak dan Sungai Kalabakan di Sabah pula merupakan antara 53 lembangan sungai yang kualiti airnya didapati sedikit tercemar.

Sementara itu kualiti air di sembilan lembangan sungai di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Johor didapati tercemar. Sungai-sungai itu ialah Juru, Pinang/Kluang dan Jejawi di Pulau Pinang, Buloh dan Klang di Selangor serta Segget, Kempas, Danga dan Tukang Batu di Johor.

Menurut laporan itu kerja-kerja tanah dan aktiviti pembukaan tanah menjadi punca utama pencemaran air sungai di 31 lembangan, manakala sumber utama sisa kumbahan termasuk ternakan haiwan dan sisa domestik menyumbang kepada pencemaran di 30 lembangan.
 

sumber: bernama.com 
 

Comments

  1. oooo yeahhh.byk sungai dkt Pahang.ngeeee.walaupun Sabah lagi banyak.tp Pahang duk atas:P

    ReplyDelete
  2. haha ! yeaaaa......KEDAH !!!!! hoyehhh ~~~
    (tp xpnh dgr pn nama sungai tu) kihkih

    ReplyDelete
  3. sizuka: anak pahang le katakan..hee~

    zal_cdpx: honestly sume nama sg kt atas tu aku pn x pnh dgr..heha

    ReplyDelete
  4. yup..pahang negeri bersih...

    ReplyDelete
  5. aku rase sg2 kt tasik kenyir besh weh

    ReplyDelete
  6. Sungai Batu kat kampung aku paling tip top airnya,hehe!

    ReplyDelete
  7. skit nye sungai bersih???
    ter igt dulu kcik2 mandi sungai..sejok glew...
    sronok gler tp skrang sungai dah byk tercemar....

    ReplyDelete
  8. bangganya jadi penduduk bagi negeri sabah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.