Skip to main content

5 Sungai Paling Tercemar di Malaysia


Sungai Pinang
5 sungai di negara ini 'diiktiraf' sebagai sungai paling tercemar sehingga diklasifikasikan sebagai sungai mati kerana airnya tidak sesuai untuk tujuan minuman atau pengairan. 

Sungai-sungai itu adalah Sungai Menggaris di Sabah, Sungai Jelutong dan Sungai Pinang di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di Johor.

Tahap pencemaran sungai-sungai itu menyebabkan kualiti airnya diletakkan di dalam kelas 4 (tercemar) dan kelas 5 (mati). 

Bahan pencemar utama di sungai-sungai itu adalah sisa dari kilang-kilang yang banyak terdapat di kedua-dua tebing sungai tersebut.

Fakta ringkas:
  • Hanya 306 batang sungai di negara ini dikategorikan sebagai sungai bersih pada tahun lalu berbanding 334 sungai pada tahun sebelumnya.
  • Sungai tercemar pula terus menunjukkan peningkatan yang mana pada tahun lalu 54 sungai dikategorikan sebagai tercemar iaitu peningkatan enam sungai jika dibandingkan tahun sebelumnya.
  • Sungai sedikit tercemar juga terus menunjukkan peningkatan apabila pada tahun lalu 217 sungai dilaporkan sebagai sungai kategori itu iaitu meningkat sebanyak 20 sungai jika dibandingkan 2008 lalu.
sumber: utusan, bernama

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.