Skip to main content

Mengintip Terowong HAMAS Yang Buat Israel Ketakutan dan Cuba Memusnahkannya






Dalam sebuah perang darat, seorang tentera Israel, Leftenan Kolonel Oshik Azulai, terkejut sekaligus takut. Dia melihat sebuah terowong gelap di perbatasan Semenanjung Gaza, Palestin. Kedalamannya mencecah sekitar 46 meter.


Telefon bimbit tidak dapat aktif di dalam terowong itu. Kolonel Azulai, yang menjabat sebagai Wakil Komandan Divisyen Gaza Selatan Tentera  Israel itu, menceritakan terowong yang dia jumpai itu membentang ke wilayah Israel. Bentuknya bulat separuh mirip seperti bentuk tembikai.

Melalui salah satu terowong itulah, banyak pejuang Gaza menyusup ke Israel dan membunuh sejumlah tentera Zionis. Sejumlah terowong itu pula yang membuat penduduk dan pemerintah Israel ketakutan, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

”Kami tidak akan menyelesaikan operasi tanpa memusnahkan terowong, satu-satunya tujuan yang merupakan penghancuran orang awam dan pembunuhan anak-anak kita,” kata Netanyahu dalam sebuah pidato di televisyen.



Fakta terowong-terowong milik HAMAS:
  • Sekurang-kurangnya terdapat lebih dari 70 terowong milik Hamas. 
  • Salah satu terowongan yang dianggap menakutkan adalah terowong Ein Hashlosha. Dimana, melalui terowong itu terdapat air, makanan; sekaligus granat roket dan senapang otomatik.
  • Ada juga bilik kecil untuk tidur atau bersembunyi. Selain itu terdapat pula gari plastik, seragam tentera Israel.”Itu adalah satu terowong yang sangat baik,” kata Kolonel Azulai. ”Ini seperti kereta bawah tanah, di bawah tanah Gaza.”
  • Pakar mengatakan untuk membangun setiap terowong itu akan memakan waktu hingga satu tahun dan biaya hingga USD2 juta. Bahkan untuk membuatnya memerlukan puluhan penggali yang bekerja dengan tangan dan alatan-alatan elektrik kecil.





sumber: www.atjehcyber.ne

Comments

  1. sebenarnya yahudi takut akan rakyat palestine

    ReplyDelete
  2. dah la penakut, serang orang awam lagi...Laknat lah kau Israel dengan sekutu jahanam ko tu....ISRAEL WILL GONE FOREVER ONE DAY..ALLAH ALWAYS BE WITH PALESTINAN....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.