Skip to main content

Taman Tema 20th Century Fox World Bakal Dibuka di Genting Highlands (Gambar Rendering)





Taman Tema Genting Highlands bakal berubah wajah apabila sebuah taman tema Antarabangsa 20th Century Fox pertama di dunia bakal dibina tidak lama lagi. 20th Century Fox adalah studio filem Hollywood terkenal setaraf dengan Universal Studio. Pasti anda kenal dengan filem-filem box office seperti Titanic, Avatar, Ice Age, Alien vs. Predator bukan? Dan tidak lama lagi anda boleh bermain dengan antraksi dari filem-filem terkenal ini.


Sekilas info tentang  20th Century Fox World:
  • Menelan belanja sekitar RM 1 billion, ia bakal dibina di taman tema luar Genting seluas 25 hektar (ketika ini outdoor themepark genting telahpun ditutup)
  • Dijangka siap dalam tempoh 2 tahun (grand opening pada 2016)
  • Menampilkan lebih daripada 25 permainan dan tarikan bertemakan ikon dari filem-filem blockbuster terkenal, thrill rides, dark rides yang sesuai untuk audiens dari kanak-kanak hingga dewasa. Turut menjadi tarikan adalah permainan air.
  • Permainan dan tarikan ini adalah berdasarkan tajuk blockbuster abad kedua puluh Fox seperti ICE AGE, RIO, ALIEN VS. PREDATOR, PLANET OF THE APES, NIGHT AT THE MUSEUM dan pelbagai lagi.
  • Selain itu, sebuah shopping kompleks Genting Premium Outlet, iaitu kedua terbesar di Asia Tengara selepas Johor Premium Otlet juga bakal dibina.


Ini adalah logo rasmi taman tema 20th Century Fox World



Berikut imej rendering taman tema yang bakal dibina:

 Nampak tak kapal Titanic kat situ? 


 Roller coster di bongkah ais




source: https://forum.lowyat.net


Comments

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.