Skip to main content

Melukis Menggunakan Air Mata





Artis muda dari Argentina ini menggunakan teknik berbeza dan lebih kreatif untuk menghasilkan lukisan abstrak.Leandro Granato, 27, menggunakan warna air yang dipercikkan hasil tindak balas hidung dan matanya ke atas kanvas lukisan.


"Saya mula mengaplikasikan teknik ini sejak kecil. Bagaimanapun, lama-kelamaan saya mula selesa dengan bakat luar biasa ini," katanya.

Menurut Granato, dia mengambil masa selama dua tahun mencipta formula khas warna air yang tidak akan merosakkan matanya. Difahamkan, dia mula terlibat dalam dunia seni lukis selepas datuknya meninggal dunia akibat barah.

"Saya mula melukis untuk melupakan kesedihan akibat pemergian datuk. Ketika itu, saya menjadikan pelukis abstrak warga Amerika, Jackson Pollock sebagai sumber inspirasi," jelasnya.


Pelukis berbakat ini memberitahu lukisan yang dijual pada harga 1,500 pound (RM7,800) itu mampu dihasilkan dalam masa paling singkat iaitu 10 minit dan ada yang perlu mengambil masa selama beberapa bulan.

Pada masa hadapan, Granato berhasrat untuk melakukan pameran amal untuk membantu kanak-kanak yang menghidapi barah di Argentina.




source: dailymail



Comments

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.