Skip to main content

31 Fakta Mengejutkan Tentang Artis dan Selebriti Korea I KPOP







1. Terdapat 3 management / agensi pengurusan besar di Korea iaitu JYP Entertainment, YG Entertainment, dan SM Entertainment.

 
2. Di Korea, menjadi artis bukanlah perkara yang mudah. Terdapat 2 perkara paling utama yang menentukan layak atau tidaknya seseorang itu untuk menjadi artis; iaitu SKILL dan PENAMPILAN. Tetapi, yang paling penting tentulah skill paling utama kerana bagi mereka penampilan boleh diubah dari semasa ke semasa.
 


3. Para 'bakal artis' biasanya dilatih bernyanyi, dance, vocal, lakonan, juga keserasian sesama rakan dan sesi latihan itu bukan sebulan dua, tetapi bertahun-tahun, bahkan ada yang sehingga 5 tahun lebih - sebelum akhirnya di'debut'kan menjadi penyanyi. Tentu saja sebelum menjadi trainee (bakal artis), mereka harus melewati 3 tahap audition.

 
4. Umur 'bakal artis' yang dicari biasanya di antara 12-17 tahun dengan waktu trainee yang panjang, tetapi sesuai dengan hasilnya.

 
5. Untuk para trainer semua keperluan ditanggung oleh pihak pengurusan, tetapi bila trainer tersebut sudah 'debut' (diperkenalkan menjadi artis) biasanya sistem pembahagian hasilnya kurang adil, lebih banyak ke pihak pengurusan, di mana perkiraannya adalah untuk mendapatkan semula kos tanggungan ketika mereka masih menjadi trainee.

 
6. Penyanyi korea yang masih muda-muda disebut IDOL disana

 
7. Idol Korea DILARANG bercinta oleh pihak pengurusan mereka kerana akan sangat membahayakan karier mereka. Sekiranya usia mereka sudah lebih dari 30 tahun, baru dibenarkan bercinta, itupun untuk pengurusan tertentu sahaja.

 
8. Group-group yang baru 'debut' disebut rookie group dan biasanya tidak terlalu diberi perhatian oleh orang Korea di sana

 
9. Rookie grup biasa 'debut' di acara music popular di korea, seperti MNet Countdown, Inkigayo, Music Bank, dan Music Core

 
10. Sekiranya sesuatu group/artis memenangi 3 award dari acara music yang popular tersebut, mereka disebut Triple Crown

 
11. Artis wajib mengikuti schedule yang sudah dibuat pihak pengurusan selama 24 jam seminggu. Disebabkan itu mereka harus tinggal di dorm / asrama khas.

 
12. Dikatakan wajah-wajah melayu susah untuk 'debut' di korea kerana orang Korea kurang suka muka Melayu (erk!)

 
13. Menjadi penyanyi adalah harapan hampir 80% orang tua di Korea, kerana kejayaannya pasti luar biasa.

 
14. Peminat/fans di Korea adalah sangat fanatik. Mereka rela menghabiskan wang untuk membeli CD, poster, dan barang-barang lainnya yang berhubungan dengan idol mereka

 
15. CD/Calendar/ dan merchandise KPOP lainnya adalah barang yang paling laris di Korea. Produk-produk seperti kosmetik, baju, dan lain-lain hanyalah produk sampingan.

 
16. Kebanyakan Korean fans cuma mempunyai 1 fandom / fanbase / fansclub, dan tidak lebih. Paling banyak 2-3, mereka konsisten. Kalau dari awal suka dengan satu group, sehingga bilapun tidak akan berubah, tetapi tetap ada pengecualian. Contohnya fandom awal mereka ELF (fans Super Junior), sehingga bilapun mereka ELF.. Kalau suka Shinee juga misalnya, mereka tidak akan menyebut diri mereka Shawol. Paling kurang sekadar suka mereka cuma nyebut diri mereka Shinee's fans atau SNSD's fans bukan fandom! fandom mereka cuma satu.

 
17. Disebabkan kesetiaan mereka itu, walaupun ada artis dihadapan mereka, mereka tidak akan peduli kalau itu bukan artis idola mereka. Begitu juga dengan K-Drama, mereka dikatakan cuma mahu menonton sekiranya watak pelakon itu datang daripada salah satu kpop grup kegemaran mereka. 
 

18. Penjualan album KPOP juga pasti melonjak kalau ada comeback. Biasanya 1 orang fans akan membeli lebih dari 5 CD KPOP yang sama. Alasannya? Kerana penjualan album kpop itu yang menentukan kedudukan kpop idol kegemaran mereka di carta seperti dosirak, soribada, dll. 
 

19. Di korea, tidak hanya anak muda yang suka k-pop, bahkan dari kalangan ahjumma / ibu-ibu.

 
20. Orang Korea sangat cinta dengan budaya mereka, dan artis-artis mereka dalam kesempatan yang ada diwajibkan mempromosikan apa sahaja tentang Korea, mulai dari makanan, tempat pelancongan, dll. 
 

21. Auditon di SM Entertainment menuntut Skill dan Fizikal. Sedangkan di JYP Entertainment selain 2 hal tersebut, nilai komersial juga ikut menentukan. 
 

22. Di korea terdapat pelbagai macam acara tv yang kreatif, dan disitu para artis di sana diminta menunjukkan kebolehannya (contoh acara tv korea: We Got Married, Strong Heart, Running Man, Invisible Youth, Star Golden Bell, dll)

23. Persaingan para idol di korea sangat kuat, disebabkan itu mereka sering berlumba di sana-sini agar tidak kalah saingan. Tidak kurang juga terdapat artis yang membunuh diri kerana tidak mampu bersaing dengan artis-artis lainnya.
 

24. SM, JYP, dan YG termasuk syarikat yang berpengaruh di Korea, kerana artis di bawah pengurusan mereka biasanya selalu berjaya, dan lonjakan saham mereka juga sedikit sebanyaknya mempengaruhi ekonomi korea.

 
25. Terdapat beberapa management yang mewajibkan artisnya tinggal di dorm/asrama kerana padatnya jadual mereka, kalau memang datang dari daerah jauh, mereka harus pindah ke seoul

 
26. Korean fans suka memberi hadiah bintang untuk artisnya kerana menurut mereka bintang itu abadi dan akan selalu diingat.

 
27. Korean fans tidak peduli idolnya melakukan pembedahan plastik atau tidak, menurut mereka yang penting bagaimana idolnya sekarang bukan dahulu!

 
28. YG Entertainment tidak peduli penampilan seseorang, yang terpenting skill bukan sekadar bagus namun harus luar biasa dan rajin. (Contoh : CL dan Minzy)

 
29. Perbandingan artis yang debut dan artis yang gagal disaat bersamaan adalah 1:10. Maksudnya jika hari ini ada 1 artis yang debut, bererti dis aat yang sama ada 10 artis yang gagal atau dikeluarkan dari pengurusannya.

 
30. Korean fans tidak ragu untuk mendermakan wang mereka dalam jumlah besar buat fandom mereka, maka fandom di sana kaya-kaya.

 
31. Fans korea adalah fans yang sangat posesif. Mereka paling tidak suka lihat artis idola mereka berdampingan / bahkan bercinta sama artis lain. Jika hal itu terjadi maka populariti artis dan pasangannya (yang juga artis) akan turun drastik. Selain itu mereka tidak akan berdiam diri, biasanya mereka akan menyerang artis mana saja yang berani mendekati artis idola mereka, tidak jarang mereka juga bergaduh secara fizikal. 


sumber: terselubung.blogspot

Comments

  1. selamat berpuasa kepada encik billy...

    -pembaca setia billyinfo-

    ReplyDelete
  2. hahahah sbg quite fanatic juge tp xd lah tahap cam korean ni kn..TAK SETUJU BETOL yg tang muke melayu apekah??? ade melayu kat sana yg pg audtion kpop ke??? erh melayu pn hensem n cute ok haha marah marah yg penting ORIGINAL kn kn ;D

    ReplyDelete
  3. Btul..Melayu pun ada audition ke?? Klw xsuka mlyu,knp dlu dlm 1 rancangan variety show Korea 'Chit Chat with Beautiful Ladies'..Sophia ble tambat hati mamat korea c mr.Ock klw xsilap..haa...cerciter...tp myb btul gk sbb Korea ne anti sket ngn org yg bkulit gelap..mklm la Malaysia ne panas n lembap spnjang tahun..I know because I'm 1 of Kpop addicter..kekeke..

    ReplyDelete
  4. haaaahhhhhhh......giler~sampai camtu skali...paling gila..fakta no29 tu...ada plak camtu,,satu bakal artis/group debut..bermakna 10 org bakal artis dikeluarkan...kesian..diorang..dan yg paling aq setuju fakta no17..mmg betul pun...aku cuma tngok k-drama kalu ada idol favourite aku..mcm drama To The Beautiful You , Salamander & The Shadows , & Medical Top Team(antara watak utama-SHINee Minho)...tapi adalah jugak beberapa k-drama yg aku tngok walaupun x da Minho Oppa..mcm The Heirs , The Strange Housekeeper , Incarnation Of Money &The Gentleman's Dignity , serta bebrapa k-drama seram...sbb jalan cerita yg menarik...

    ReplyDelete
  5. X setuju sal x suke muke melayu tu?? Kalu disebabkan kulit, ade gak artis korea yg kulit gelap -_- tp kesian gak artis die ni, mcm nak bercinta pung kena fan yg tentu kan,, bahya... Mesti at korea x ramai retis kawin muda kan. :)

    ReplyDelete
  6. haha aku fakta nombor 12 tu
    perasaan sangat melayu

    ReplyDelete
  7. org biasa dekat korea ramai yg x lawa pun sebenarnya , yg lawa pun cuma artis2 nya ja ..
    klu malaysia ni , org biasa pun bnyk yg lawa.

    ReplyDelete
  8. org korea ni mmng jnis x penah bsyukur apa tuhan beri.GERAM!
    addiction,depa (fans korea) tu kena sedaq diri sikit.biar pi kat artis korealah nk bercinta ngan sesape tu.jodoh n mati di tangan tuhan,siapa mereka nk tntukan? paling aku hairan,knpr syarikat sm tu msti kene ade jadual? bgi aq,tu dh kira mengontrolkan artis korea tu.contohnya kris,dia xpksa tinggalkan exo sbb x thn ngna sm yng suka control depa.aku tak fham langsung.klu mcm ni,baik aq tngok buletin utama jer.

    ReplyDelete
  9. psl org korea kurang suka orang melayu sbb kulit hitam,aq x prcya.korang x bukak instagram nazim othman ke? dye pergi korea juga sbb dye ada tawaran berlakon,ngan pompuan korea pulak tu.x caya? pergi tngok nazim othman punya instagram tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.