Skip to main content

Wanita Ini ‘Terlalu Cantik untuk Bekerja’






Seorang wanita lulusan sarjana Biologi ini terpaksa meninggalkan ilmu dan pekerjaannya kerana dianggap ‘terlalu cantik untuk bekerja’. 


Wanita bernama Laura Fernee ini dikatakan terpaksa berhenti bekerja sebagai pembantu perubatan yang dijawatnya sejak 2011 lalu. Hal itu itu terpaksa dilakukan kerana trauma setelah kerap digoda dan dilecehkan lantaran penampilan Laura yang terlalu menarik.

Laura berasa tidak selesa apabila rakan sekerja lelaki selalu menggodanya di makmal. Antaranya dia selalu  mendapat pelawaan seks dan kerap mendapat catatan romantis di meja kerjanya. Bahkan kerana kecantikannya, Fernee sering dicemburui oleh rakan-rakan sejantinanya.

“Kebenarannya adalah penampilan saya yang menarik telah menyebabkan masalah di tempat kerja, jadi untuk sementara saya memutuskan untuk berhenti bekerja,” kata Fernee kepada akhbar Metro.co.uk.


Wanita berusia 33 tahun ini juga membantah dakwaan yang mengatakan dia malas dan tidak mahu bekerja. Menurut Fernee, rakan kerjanya sering meremehkannya dan menganggap Laura tidak pintar.

Sekarang Laura tidak bekerja dan hidup dari pemberian orang tuanya yang kaya raya. “Saya tahu orang ramai akan menilai saya kerana memilih untuk tidak bekerja tetapi mereka meremehkan penampilan saya di tempat kerja,” ujar Fernee



sumber: http://www.repbulika.co.id/

Comments

Post a Comment