Skip to main content

Memahami Kisah Disebalik Tuntutan Sultan Sulu Ke Atas Sabah




Sultan Jamalul Kiram III (yang kononnya adalah Sultan Sulu) berkata: "Mengapa kita perlu meninggalkan rumah kita sendiri? Malah, mereka (rakyat Malaysia) patut membayar sewa (kepada kita),"

"Pengikut kami akan tinggal di (bandar Sabah) Lahad Datu. Tiada siapa yang akan dihantar (balik) ke Filipina. Sabah adalah rumah kami!" katanya.



Membaca kenyataan di atas, Encik Billy tertanya-tanya; 'Apakah yang dimaksudkan oleh Sultan Jamalul Kiram tersebut?'  Dan mengapa beliau menuntut Sabah? Maka bermulalah pencarian Encik Billy dan berikut info-info yang dapat Encik Billy kumpulkan:



Salasilah Sabah di Bawah Kesultanan Sulu:
  • Sebelum abad ke-6, hampir seluruh kepulauan Borneo adalah di bawah kuasa kesultanan Brunei. Sumber dari Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals)pada tahun 600 Masihi, merekodkan tentang perhubungan diplomatik dan perdagangan antara kerajaan Brunei  dan  Kerajaaan Cina pada ketika itu.
 
Peta Borneo di lukis oleh Sepanyol pada abad ke-16


  • Kesultanan Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila, perebutan Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Sultan Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai ganjarannya, Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah (bahagaian Pantai Timur Borneo) kepada Sultan Sulu.  
  • British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan  Sultan Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama pulau Balembangan kepada “Felecia”. Walaubagaimanapun pertapakan syarikat British di Pulau tersebut tidak lama apabila pulau tersebut akhirnya di tinggalkan pada tahun 1805.
  • Pada tahun 1850-an, Wakil Amerika iaitu Charles Lee Moses telah membuat perjanjian pajakan dengan sewa $ 9,500 setahun selama 10 tahun  dengan Sultan Brunei. Tidak lama kemudian, Moses telah menyerah pajakan tersebut kepada pedagang AS di Hongkong iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris.
 
  • Akibat menghadapi masalah kewangan, pada tahun 1875, Torrey telah menjual haknya kepada Baron Gustavus Baron Overbeck  berbangsa Austria yang bekerjasama dengan saudagar kaya dari British bernama Alfred Dent. Pada tahun 1877 Overbeck telah Berjaya mendapat pajakan seluruh hak tanah sultan Brunei di Sabah selama 10 tahun lagi iaitu dengan sewa sebanyak $ 15,000 setahun. 


Penyerahan Sabah oleh Sultan Sulu Kepada British:
  • Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan sulu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Sultan sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $ 5,000 setahun. Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan dalam surat yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan SULU MENYERAHKAN BORNEO UTARA kepada British. 
 Surat perjanjian penyerahan Borneo Utara kepada British
  • Selain tertipu, Sultan Sulu juga menyerahkan seluruh haknya kepada British kerana kedua-dua pihak tersebut memiliki kerjasama sulit dalam hal perdagangan senjata api dan ubat bedil.  
  • Sehingga kini, Sabah masih membayar sewa kepada Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut yang berkata ; “sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga tidak ada matahari dan bulan”.
  • British walaubagaimanapun mengukuhkan kuasanya di tanah Sabah apabila Syarikat Overbeck dan Dent mengalami masalah kewangan dan terpaksa meminta suntikan kewangan daripada kerajaan British pada tahun 1878. British bersetuju untuk memberi bantuan kewangan dengan syarat hanya wakil British sahaja yang boleh berada di Borneo Utara. Dengan itu, Overbeck yang berbangsa Austria terpaksa menjualkan semua sahamnya kepada Alfred Dent. 
  • Pada tahun 1888, Borneo Utara di letakkan di bawah naungan British di mana kerajaan British akan memberikan perlindungan kepada Borneo Utara di bawah pengaruh British.  
  • 86 tahun kemudian, pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara baru diisytiharkan di Padang Merdeka. Sabah menjadi sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat,walaupun terdapat tuntutan tidak sah Filipina ke atas Sabah.


Siapa Sultan Sulu Sebenarnya? 
  • Sejak Sultan Jamalul Kiram II meninggal dunia pada 7 Jun 1936, semakin ramai yang membuat tuntutan bahawa mereka merupakan pewaris kesultanan Sulu. Masing-masing mereka memiliki keyakinan bahawa mereka pewaris Sultan menyebabkan kini terdapat lebih 300 orang di Filipina mendakwa diri mereka merupakan sultan Sulu yang sebenar.
  • Di Sabah sendiri, setakat ini, terdapat tiga individu yang mengaku bahawa mereka layak ditabalkan sebagai Sultan Sulu. Malah pada 2 Februari 2012, seorang lagi menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu dalam satu majlis di Kampung Likas.
  • Banyak persoalan yang timbul mengenai keabsahan perisytiharan itu. Persoalannya,bagaimana seseorang yang menjadi warganegara Malaysia boleh diisytiharkan sebagai Sultan Sulu ke-33 dan menubuhkan pula kerajaan Sulu dalam buangan di Sabah.
  • Sultan Esmail Kiram II dan Sultan Jamalul Kiram III : Kedua-dua mereka ini adalah adik beradik dan anak kepada Sultan Punjungan Kiram. Dikatakan Punjungan ini merupakan anak kepada Sultan Mawallil Wasit. 
  • Realiti yang sebenarnya adalah nenek mereka dari Pulau Simunul, Tawi-Tawai, yang bernama Mora Napsa Laga, telah dirampas untuk dijadikan isteri oleh Sultan Mawallil Wasit dalam keadaan telah pun mengandungkan zuriat suaminya yang sebenar, seorang Imam bernama Amil Hamja! Justeru itu, Punjungan ini sebenarnya hanyalah anak tiri kepada Sultan Mawallil Wasit. 
  • Selepas kematian Sultan Punjungan Kiram pada tahun 1983, anak sulungnya iaitu Raja Muda Jamalul Kiram III telah ditabalkan oleh para penyokongnya sebagai Sultan Sulu. Walaubagaimanapun, kerana dia tinggal di Manila dan enggan berdiam di Jolo, bertentangan dengan adat Sulu, maka adiknya, Raja Muda Esmail Kiram II kemudian telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 2001. Sultan Jamalul Kiram III ini pernah bertanding dalam pilihanraya negara Filipina. 
  • Sementara Sultan Esmail Kiram II inilah ‘Sultan Sulu’ yang pernah mengancam untuk melancarkan ‘Perang Jihad’ kepada Malaysia pada tahun 1993 dan 2001 jika Sabah tidak diserahkan kepadanya. Atau sebagai balasannya, bayar sahaja ganti rugi sebanyak USD 10 Bilion kepadanya.


 sumber: http://abdnaddin.blogspot.com/2011/02/merenung-sejarah-lampau-dan-orang-yang.html, http://jarimerdeka.blogspot.com/2012/01/sejarah-ringkas-borneo-utara.html, http://www.infoharian.com/berita/krisis-lahad-datu-27-2-2013-sultan-jamalul-kiram-iii-degil-orangnya




Comments

  1. ini kisah yg sebenarnya...dalang disebalik semua ini

    Laporan Akbar Antarabangsa Reuters 3 Hari Lepas Melibatkan Anwar Ibrahim & PR Sebagai dalang pencerobohan dan penjajahan di Lahad Datu. Berikut statement Reuters :

    "Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues."

    Bukti : http://www.reuters.com/article/2013/02/14/us-malaysia-philippines-idUSBRE91D0BY20130214

    Laporan Akbar Filipina Manila Times 1 Hari Lepas Melibatkan Anwar Ibrahim & PR Sebagai dalang pencerobohan dan penjajahan di Lahad Datu. Berikut statement Manila times :

    "Jacinto also disturbingly writes that “The intrusion occurred just as former Malaysian leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, also Pakatan Rakyat de facto leader, proposed that Sabah be granted autonomy.” Anwar Ibrahim, a Rizalian scholar, is known as a stalwart against the ruling UMNO party-led coalition in Malaysia. Now we should not be involved in the domestic politics of Malaysia."

    Bukti : http://www.manilatimes.net/index.php/opinion/editorials/41591-our-sultan-of-sulu-and-sabah

    ReplyDelete
  2. oh..baru tahu sejarah asal usul semua ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. ..Jadi memang sah la si anwar ibrahim ni memang suka buat huru hara di malaysia sehingga boleh menggugat keselamatan negara. Orang seperti anwar ibrahim ni memang patut di tahan di bwh ISA kalau masih kuatkuasa. Elok tangkap dan humban saja dia ke dalam penjara sehingga dia mati supaya rakyat malaysia boleh hidup aman dan sejahtera.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Pengakuan Kekanda Panglima mengenai insiden kat Lahad Datu.. tapi pelik benar, knape sumer nk dikaitkan ngan politik? dunia2.. Kekanda Panglima

    ReplyDelete
  6. jika benar maklumat di atas, maka sultan sulu tiada hak utk menuntut sabah krn jelas disebut 'saya berikan ini kepada kamu selagi tiada matahari dan bulan'

    perjanjian 'matahari dan bulan' bukan perkara baru krn perkara yg sama sehingga kini masih dilakukan oleh sultan kelantan yg masih membayar sejumlah wang kpd daerah besut/jertih terengganu setelah kalah dalam pertaruhan pd zaman dahulu kala...

    ReplyDelete
  7. lagi2 anwar yg dipersalahkan..dulu tuduh anwar ejen yahudi, ejen amerika, ejen turki..mcm2 ejen. skrg mgkin macai akan cakap anwar ejen sultan sulu plak...wakaka..

    macam2 nak dekat pru ni. mgkin nak penjarakan anwar skali lgi, baru brani nak buat pilihanraya gamaknyer..

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas info yg diberi....lama dicari baru jumpa...

    ReplyDelete
  9. kerana Anwar Ibrahim sekarang telah ditaja oleh Pihak Israel. tidak mustahil pembelot negara mcm die boleh merancang semua ni..
    xtau la ape dalam otak penyokong2 pembelot camni...terutama pelakon wanita konon yer telah tersedar bahawa kroni2 PR tu bagus sampai boleh sedarkan pelakon tu Parti mana lebih bagus. saya sendiri telah mendengar ucapan pelakon wanita itu.

    so kepada semua..saya bukan nak menakutkan tetapi ini lah kisah yg sedang berlaku dalam malaysia.

    saya harap negara kita tidak menjadi seperti Negara2 Islam yg telah diceroboh & dijajah.ini semua dari POLITIK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara, klu setakat bace laporan media, dh bt penilaian salah tu.xlogik utk kt anwar trlibat.bt apa dia nk duk malaysia lg klu nk bt keje haram mcm tu.cuba bukak otak sikit, semuanya permainan media.nk dpt maklumat betul g sabah, atau tnya orang sabah sndiri.jgn membabi buta baca media.

      Delete
  10. kenapa la kita ni nk berebut tanah2 semua..ni semua hak milik kekal Allah S.W.T......xbwak ke mati pn.....xbwk ke kubur pn...xkira la malaysia atau mana2....cuba bawak igt ke akirat....dunia ni xkekal pn.....SYURGA ATAU NERAKA 2 YG KEKAL......WALLAHUALAM.

    ReplyDelete
  11. CUBA BAWAK ISTIFAR SIKIT MASING2....KITA NI ADA AGAMA....YG PERLU DI PERTAHANKAN ISLAM 2 SENDIRI....XKIRA LA MELAYU KE BANGLA KE INDON KE CINE KE INDIA KE....2 BANGSA JE...XDE BWAK APE2 MAKNA.....YG PENTINGNYA AGAMA KITA....ISLAM ISLAM ISLAM....ALLAHUAKBAR...ESK2 KITA NI SEMUA MATI.XTANYA PN NEGARA MANA BANGSA APE.YG DI TANYA AGAMA APE?SAPE TUHAN KAMU...SAMA2 LA RENUNGKAN SELAMAT BERAMAL..p/s peringatan utk sy sendiri....WALLAHUALAM

    ReplyDelete
  12. Kalau anda kata anuar ibrahim ditaja israel...tahu ke siapa penasihat keselamatan malaysia bukan ke israel...cuba buka minda dan celek mata sikit ..kebenaran akan terbuka siapa dalang sebenarnya dlm kejadian lahad datu. PRU xlama lagi takkan anuar nak buat semua ini sedangkan dia nak bertanding..renung-renungkan la

    ReplyDelete
  13. Only GOD knows the truth!! PEACE!! ^_^v

    ReplyDelete
  14. yela...semua salah anwar....ko sembelit xleh berak pon salah anwar gak kan?? what a typical macai

    ReplyDelete
  15. bodoh betul org yg nak salahkan org lain kerana kepentingan politik tahulah nak pru. isu ic disabah sapa mau salahkan kesannya tgklah skrg.

    ReplyDelete
  16. ha....gaduh la lagi....sampai korg puas hati....nnt aku minta 2 2 pihak yg tgh perang ni tembak n bom korg....bg alamat,sng sket...lagi bagus....cb la rasional sket...sne tuduh sni...sni tuduh sne...klu kompom sgt bt la sidang akhbar kt mne2 pastu post kt mne2...lari ke bulan ke...sme2 manusia@rakyat malaysia pon nk bising.entah dh dftr mengundi ke blom...pom pang pom pang......kah3

    ReplyDelete
  17. Hidup kesultanan sulu..ganyang malaysia.. rebut hakmu kembali

    ReplyDelete
  18. Sal ni pun nk brtekak adooo..aku nk kan malaysia aman damai selamanya..

    ReplyDelete
  19. wahai pembaca yg budiman,
    sekiranya diteliti, perkara seperti ini akan berulang setiap kali apabila negara hendak pilihanraya.
    Pilihanraya philiipiina akan diadakan pada may 2013, manakala malaysia dlm masa terdekat.
    Apa yg saya ingin ungkapan adalah kedaulatan negara harus dipertahankan bersama,namun apabila isu ini dipolitikan ia akan menjadi kebencian kepada rakyat.
    INGAT...RAKYAT TIDAK BODOH.......
    WAALLAH HUA'LAM...........

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.