Skip to main content

Hukum Kencing Berdiri







Dipetik daripada ruang Fikrah Dr. Salam Harian Metro

Saya ingin bertanya mengenai tabiat kencing berdiri. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah lelaki suka kencing berdiri dan benarkah kencing berdiri itu adalah kencing seperti syaitan?

Dalam masalah ini juga saya menjumpai kes seorang lelaki yang selalu kencing berdiri. Walaupun ditegur, lelaki terbabit dikatakan masih berdegil serta menimbulkan masalah kerana rumahnya berbau hancing akibat air kencing terpercik ke dinding dan kekuningan.

Isterinya juga tidak puas hati, lalu mengadu pada orang luar. Saya meminta nasihat Dr mengenai masalah ini.

Salim,
Alor Setar



Jawapan:

Umumnya membuang air kencing sambil berdiri bagi seseorang lelaki tidak haram, malah dibenarkan dalam beberapa keadaan.

Perkara ini pernah berlaku pada Rasulullah SAW. Menurut Hudhaifah RA: “Suatu ketika Nabi SAW pernah singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, baginda membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi baginda malah berkata:

“Mendekatlah ke mari.” Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khaufnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dengan kata lain, kencing berdiri dibenarkan apabila dapat menjaga pakaian dan diri daripada terkena najis. Ia pula sesuai dengan tempat tertentu. Lebih-lebih lagi apabila ada tandas khusus dan sebagainya. Ia sudah tentu tidak menyerupai syaitan.

Bagaimanapun, pada kebiasaannya, Rasulullah SAW buang air kecil sambil duduk (mencangkung). Cara kencing sambil duduk lebih baik berbanding kencing sambil berdiri kerana seseorang dapat menjaga kebersihan secara lebih sempurna kerana air kencing tidak terpercik jauh.

Selain itu, cara kencing sambil duduk juga dapat memastikan air kencing keluar habis.

Kebiasaan yang dilakukan Rasulullah SAW perlu diberitahu kepada lelaki terbabit.

Dengan itu, beliau akan menurut kebiasaan Rasulullah. Ia tentu dapat mengatasi masalah di atas. Beliau juga perlu dinasihati supaya tidak membuang air merata-rata seperti ke dinding.

Sememangnya sudah ada kemudahan mangkuk tandas untuk berbuat demikian. Segala kemudahan perlu digunakan sebaik mungkin dan cara yang betul.

Jika masih tidak tahu menggunakannya perlulah diajar satu persatu mengenai tatatertib menggunakan tandas dan bilik air seperti mengepam air apabila selesai menggunakannya.



Comments

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.