Skip to main content

Malaysia Lokasi Paling Popular di Dunia Islam





Malaysia disenaraikan sebagai destinasti percutian paling mesra Islam di dunia dalam satu kaji selidik dikeluarkan semalam yang turut menyenaraikan Mesir, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Singapura.


Tinjauan tersebut turut menyenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand sebagai lapangan terbang yang mesra pelancong Islam.

Tinjauan oleh perunding percutian Crescentrating itu membuat pemilihan berdasarkan bagaimana sesebuah negara tersebut mampu menampung pertambahan pelancong Islam dalam memenuhi beberapa kriteria termasuk tahap keselamatan dalam negara, penyediaan makanan halal, kemudahan mengerjakan solat dan memenuhi keperluan yang berkaitan dengan pelancong Islam.

Malaysia mendapat 8.3 mata daripada 10 mata penuh, antara 50 buah negara yang disenaraikan.

Mesir berada di tempat kedua dengan 6.7 mata, diikuti UAE dan Turki yang berkongsi 6.6 mata, Arab Saudi 6.4 mata dan Singapura 6.3 mata.

Indonesia, Maghribi dan Jordan turut berkongsi 6.1 mata untuk berada di tangga keenam, diikuti Brunei, Qatar, Tunisia dan Oman di tangga ketujuh dengan 6.0 mata.

Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, Malaysia merupakan antara negara yang mudah bagi pelancong Islam menunaikan solat tidak kira di mana mereka berada, termasuk di kompleks membeli-belah dan juga di lapangan terbang.

"Malaysia juga berbeza dengan Indonesia yang tidak memberi penekanan kepada penyediaan makanan halal, walaupun ia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penganut Islam di dunia," katanya.

Daripada segi destinasi membeli-belah pula, Dubai mengatasi Kuala Lumpur sebagai destinasi tumpuan bagi penganut Islam, diikuti Istanbul, Jeddah, Kaherah, Abu Dhabi, New Delhi, London dan Doha.


10 Lokasi Pelancongan Islam Paling Popular:
  1. Malaysia
  2. Mesir
  3. Emiriah Arab Bersatu dan Turki
  4. Arab Saudi
  5. Singapura
  6. Indonesia, Maghribi, Jordan
  7. Brunei
  8. Qatar
  9. Tunisia
  10. Oman

sumber: utusan malaysia, harian metro


Comments

  1. DiMalaysia ini semua ada....Mesjid banyak dan senang di dapati , Pusat judi ada , rumah urut banyak , pelacur senang dapat , bosia Melayu ramai , arak senang nak dapat sebab tu orang arab suka datang ke Malaysia....!

    ReplyDelete
  2. Aduhhh xhbis2 bgsa nie mmburukkn mlysia. Bosan.. !! Aku bgga jd org mlysia wlaupun bgsa kau yg xsdr diri slalu kutuk kami kaw kaw. Biar kau nk kata apa... Dosa kau. Kami dpt phla. Alhmdulillh.. Mmg dsar xsdr di untung krjaan kami izinkn bgsa kau kje kt mlysia. Klau x miskin truk r korg nie.. Bersyukur pd allah . Jgn hina org .jgn dgki dgn kelebihan ngra org lain. Sebliknya perbaiki diri.take a note!!!!! Alhmdulillh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.