Skip to main content

(GAMBAR) Olivia Culpo Dari Amerika Syarikat, Pemenang Miss Universe 2012





Peserta Amerika Syarikat, Olivia Culpo dimahkotakan sebagai Miss Universe 2012 malam tadi, menewaskan jelitawan dari seluruh dunia untuk meraih gelaran yang menjadi rebutan jutaan gadis.


Tempat kedua dimenangi oleh peserta Filipina, Janine Tugonon. Pemenang tahun lalu, Leila Lopes dari Angola, memahkotakan Olivia, 20, yang jelas sangat teruja untuk menggantikannya.


Ia adalah kemenangan pertama wanita Amerika sejak 1997 apabila gelaran itu dimenangi Brook Lee. Peserta Venezuela, Irene Sofia Esser Quintero menduduki tempat ketiga dalam pertandingan itu.

Tempat keempat dirangkul peserta Australia, Renae Ayris dan kelima dimenangi peserta Brazil, Gabriela Markus.

Gelaran Miss Congeniality diberikan kepada peserta Guatemala, Laura Godoy.


Pertandingan yang bertujuan memilih wanita paling cantik di dunia itu diadakan di Las Vegas tahun ini dan menyaksikan 89 peserta bertanding dalam tiga kategori iaitu pakaian renang, gaun malam dan sesi soal jawab.

Pertandingan itu ialah edisi ke-61. Ia diadakan di Sao Paolo, Brazi tahun lalu dan pertandingan berkenaan dianjurkan bersama oleh rangkaian televisyen NBC serta mogul hartanah Amerika, Donald Trump.


source: dailymail.co.uk

Comments

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.