Skip to main content

Spesies Ular Yang Mirip Seperti Alat Kelamin Lelaki






Pakar di Brazil menemui satu spesies ular baru di hutan Amazon. Uniknya, ular tersebut dikatakan buta dan berbentuk seperti alat zakar lelaki.


Atretochoana eiselti, nama yang diberikan untuk spesies tersebut, ditemui di dasar sungai Madeira di Rondinia, Brazil.

Sebenarnya haiwan ini ditemui pada bulan November tahun lepas di dam yang bersambung dengan sungai Amazon. Namun hanya diumumkan setelah para pakar  mampu mengenalpasti jenis ular tersebut.

Namun begitu, hampir tidak ada maklumat lain selain daripada diketahui haiwan ini tidak memiliki paru-paru dan kaki serta panjang 1 meter. Mereka menyimpulkan bahawa haiwan ini mempunyai kaitan erat dengan salamander dan katak, namun dari segi penampilan lebih mirip ular.

“Dari 6 ekor yang kami temui, satu mati, 3 dibebaskan kembali ke hutan, dan 2 masih kami jaga untuk penelitian,” ujar seorang pakar yang terlibat dalam kajian, Julian Tupan dari Santo Antonio Energy.


“Meskipun kelihatan seperti ular, haiwan ini bukanlah reptilia dan lebih menunjukkan kaitan dengan salamander dan katak,”

Selain itu peneliti juga belum dapat menentukan jantina ular tersebut. Haiwan ini tidak memiliki mata yang terlihat seperti ular, dikatakan, haiwan ini buta. Ia hidup di kawasan berair yang hangat dan mengalir deras dan bernafas menggunakan kulit.

sumber: www.memobee.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.