Skip to main content

Rokok Tanpa Asap Dijual di Jepun





Japan Tobacco, Inc, mulai menjual rokok jenis baru yang tidak mengeluarkan asap, tetapi reaksi dari syarikat-syarikat penerbangan besar Jepun dan Japan Railways terhadap penggunaan rokok baru itu untuk digunakan pada pengangkutan awam bermacam-macam.


Rokok baru tersebut, yang dijual dengan nama " Zero Style Mint", menggunakan pelbagai kelongsong, masing-masing berisi daun tembakau, yang diatur di dalam rokok dan dihisap. Satu pek dengan dua kelongsong dijual dengan harga 300 yen. Ketika ini, rokok tersebut hanya dijual di Tokyo, namun berdasarkan sambutan yang baik, rokok tersebut mungkin akan tersedia di seluruh Jepun.

Meskipun rokok baru itu dapat digunakan di tempat awam, namun ia telah menimbulkan beberapa reaksi terutamanya di kalangan pemain industri pengangkutan.

Seorang juru cakap dari Japan Airlines mengatakan, "  Setakat ini kami belum menerima sebarang keluhan daripada pelanggan yang menggunakan rokok tanpa asap, termasuk pada penerbangan antarabangsa."

All Nippon Airways, pula mengambil sikap yang berlawanan. Jurucakap mereka mengatakan, " Rokok tidak berasap tidak dapat dihisap dalam penerbangan.Walaupun tanpa asap, benda itu masih rokok".



Sikap dari East Japan Railway Co. dinyatakan sebagai, " Pada saat ini, kami tidak memiliki tujuan khas yang melarang rokok tanpa asap".

Central Japan Railway Co. sama-sama menyatakan penerimaan mereka terhadap rokok, dengan juru cakapnya yang mengatakan, " Kami tidak menganggapnya sebagai subjek yang mengganggu penumpang lain. Namun, staf kami akan campur tangan untuk mencegah ketidaknyamanan penumpang lain".


Di Chiyoda Ward, Tokyo, sebuah peraturan tempatan melarang sesiapapun daripada merokok di setiap jalan awam, tetapi seorang pegawai berkata, " Ketika ini, rokok tanpa asap bukanla merupakan subjek pada peraturan larangan merokok".

Seorang lelaki yang membeli rokok tanpa asap di daerah itu berasa senang dengan rokok barunya, " Pada masa lalu, saya harus membayar denda kerana merokok di tempat awam, tetapi dengan kini saya tidak perlu risau".


sumber: situs-aritkel-terbaru.blogspot.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.