Skip to main content

Lelaki Korea Selatan Suka Bermekap Untuk Kerjaya






Jika dahulu, pemakaian mekap sinonim dengan kaum wanita namun kini semakin ramai lelaki di Korea Selatan gemar bersolek bagi membantu mereka berjaya dalam kerjaya yang diceburi.

Seorang pelajar sebuah pusat pengajian tinggi di Seoul, Cho Won-hyuk berkata, dia akan menggunakan bedak dan celak pada setiap pagi sebelum keluar rumah.

"Memiliki wajah bersih dan licin membuatkan anda kelihatan memiliki penjagaan diri yang baik," kata pelajar kolej berusia 24 tahun tersebut.

Seorang lelaki lain, Cho Gil-nam memberitahu, dia akan bersolek pada setiap pagi selepas mencuci dan memakai krim pelembap pada wajahnya.


Bekerja sebagai seorang penyiasat insurans di sini, lelaki berusia 27 tahun itu berkata, dia turut membawa kotak mekap untuk digunakan di dalam tandas awam bagi memastikan wajahnya kekal bersih dan licin sepanjang hari.

Mengulas fenomena yang kini melanda lelaki Korea Selatan, pakar kajian Korea di Universiti Nasional Australia, Roald Maliangkay berkata, kecantikan diri penting di negara berkenaan kerana ia menjadi penanda aras kejayaan seseorang lelaki.

"Bagi masyarakat Korea Selatan, gambaran pertama amat penting. Kulit seseorang lelaki memainkan peranan utama tentang gambaran itu," kata seorang pelajar berusia 20 tahun, Kim Deuk-ryong yang sependapat dengan Maliangkay.


Lelaki Malaysia bagaimana?

 sumber: kosmo

Comments

  1. haha.. kalau tengok iklan diorang memang ramai lelaki yang dok endorse.. tak heran sangat la.. klu lelaki kat sini takk taw nak habaq la.. yang terlebih pakai mekap pun ada.. yang tak pakai papa pun ada samapi bersepah muka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau yg menjaga, terlampau jaga sangat.. kalau yg tak jaga tu, serabai je tengok.. bersederhanalah..yg penting utamakan kebersihan diri, itu yg penting! :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.