Skip to main content

Kenapa Tapak Kaki dan Ketiak Tidak Tahan Geli?


Ketiak dan telapak kaki kepada hampir sebahagian besar dari kita merupakan bahagian tubuh yang paling tidak tahan geli. Kenapakah kedua-dua bahagian ini paling sensitif dan tidak tahan jika digelitik atau disentuh?


Sesetengah orang mungkin memiliki bahagian sensitif yang berbeza, kerana pada titik tersebut menghasilkan refleks geli dengan tahap yang bervariasi atau bahkan tidak sama sekali. Seseorang mungkin memiliki daerah sensitif di mana orang lain tidak merasakan apapun.

Telapak kaki dan ketiak merupakan dua bahagian dalam tubuh yang paling sensitif bagi kebanyakan orang. Hal ini kerana pada telapak kaki memiliki konsentrasi Meissner’s corpuscles yang lebih tinggi. Hujung dari saraf ini akan membuat telapak kaki memiliki kadar geli yang lebih tinggi daripada bahagian tubuh yang lain.


Biasanya tempat yang paling geli adalah tempat yang sangat rentan terhadap serangan, setidaknya di sekitar bahagian atas tubuh. Pada bahagian ketiak mengandungi pembuluh darah dan arteri, serta memungkinkan akses leluasa ke jantung kerana tulang rusuk sangkar tidak lagi memberikan perlindungan kepada rongga dada di sekitar ketiak.

Hal yang sama juga berlaku pada bahagian tubuh yang lain seperti leher. Kerana tidak ada perlindungan dari tulang, maka secara automatik seseorang akan bereaksi ketika kawasan tersebut disentuh oleh orang lain. Sebagai tambahan, saraf reseptor yang dekat dengan permukaan kulit akan membuat sensitifitinya makin tinggi.

Selain itu, leher juga mengandungi bahagian-bahagian penting. Seperti karotid yang akan memasok darah ke otak serta batang leher yang membawa udara ke paru-paru juga terletak di bahagian depan leher.

Pengkaji juga menunjukkan bahawa cerebellum (otak kecil), yang merespons sentuhan akan menunjukkan aktiviti yang lebih ketika diberi sentuhan yang mendadak dibandingkan dengan sesuatu yang telah dijangka. Jika otak sudah dapat mengenali sentuhan yang akan datang, hal ini akan membuat saraf respons tidak terlalu mendadak. Oleh seseorang tidak akan pernah berhasil menggelitik diri sendiri.


Seseorang yang tertawa saat digelitik dipengaruhi oleh faktor sosial, kerana orang akan tertawa jika yang melakukan sentuhan tersebut adalah seseorang yang dekat atau sudah merasa selesa antara satu sama lain seperti orang tua, sahabat, atau teman. Namun, jika yang melakukannya adalah orang lain, responsnya bukan tertawa tapi kemungkinan boleh menjadi marah.


sumber: duniaandromedaku.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.