Skip to main content

Aneh, Lelaki Israel Mahu Jadi Warganegara Palestin





Seorang pendatang Yahudi dari Tajikistan, Andre Pshenichnikov, 23, menegaskan beliau mahu memutuskan semua hubungan dengan Israel dan akan memohon kerakyatan Palestin, satu insiden dianggap luar biasa dan amat jarang berlaku.


Pshenichnikov, ditahan pihak berkuasa Tel Aviv baru-baru ini, selepas tinggal secara haram di Kem Pelarian Palestin Deheishe dekat Baitulaham dan berhasrat melepaskan kerakyatannya sebagai warga Israel.

Beliau kini bercuti dua bulan di Eropah dan berharap dapat berpindah ke Tebing Barat apabila pulang nanti.
Insiden membabitkan warga Israel yang memohon untuk tinggal di bawah pentadbiran Palestin amat jarang berlaku.

Setakat ini hanya beberapa orang berbuat demikian kerana mereka berkahwin dengan warga Palestin dan wartawan akhbar Israel, Haaretz yang berpindah ke Ramallah dan membuat laporan dari sana.

Tiada rakyat tempatan Israel pernah melepaskan kewarganegaraan mereka walaupun sebilangan yang tinggal di luar negara ada berbuat demikian.

Setakat ini tidak pernah ada rakyat Israel memohon menjadi warga Palestin kerana mereka tidak dibenarkan memiliki dua kewarganegaraan.

Ibu Pshenichnikov, Svetlana, yang dihubungi di rumahnya di Israel berkata, beliau runsing apabila memikirkan rancangan anaknya.

“Saya ibunya dan saya cuba menyokong Pshenichnikov seperti juga ibu lain, tetapi saya tidak menyokong hasratnya,” katanya.

Svetlana dan keluarganya berpindah ke Israel ketika Pshenichnikov berusia 13 tahun dan diberi kerakyatan Israel secara automatik kerana mereka orang Yahudi.

Pshenichnikov menamatkan program kerahan tentera selama tiga tahun, dilantik sebagai perancang komputer dan pernah berkhidmat selama satu setengah tahun sebagai askar.

Bagaimanapun, ketika manjadi tentera, Pshenichnikov mula mempersoalkan tindakan Israel ke atas penduduk Palestin dan sejak itu menolak sepenuhnya dasar negara Yahudi itu.

Selepas perkhidmatannya tamat, beliau berpindah ke Kem Pelarian Deheishe April lalu, sebelum bekerja sebagai pelayan dan pekerja binaan di Deheishe.

“Saya membenci Zionisme. Saya mahu menjadi sebahagian daripada pertahanan Palestin. Saya menyeru rakyat Israel agar menyokong kewujudan negara Palestin agar tinggal di Tebing Barat atau Gaza, sebagai rakyat Palestin,” katanya.

sumber: berita harian

Comments

  1. moga2 Allah memberi dia hidayah utk memeluk Islam dan bersama2 menjadi pejuang saudara2 kita di sana

    ReplyDelete
  2. Ya Allah SWT Yang Maha Kuasa Membalik2kan hati manusia.

    ReplyDelete
  3. Tektik jak tue. . bsok dah jd warga palastine. . dia racun palastin dari dlm. . berpuluh2 tahun kot Palastine cuba dikuasai. . tp segala usaha gagal. . tgk bidang dye. . mesti ade udang di sebalik mee. .

    ReplyDelete
  4. bukan ke allah dah keraskan hati orang yahudi seperti batu?


    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah saya besyukur sgt2 dilahirkan sebagai seorang Islam.Tapi saya sakit hati bila ada orang Islam yang bersifat YAHUDI contohnya menderhaka kepada peminpin Negara dan memburukan Negara kepada Negara asing dan menyokong kumpulan2 sesat seperti yang di ketua olem AMBIGA dan ramai lagi yang terang2 bertujuan utk melawan Islam. Isaflah wahai manusia yang tak tahu bershukur ini.

    ReplyDelete
  6. semoga allh swt memberikan hidayah kepadanya untuk memeluk agama islam..aminn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.