Skip to main content

Canggih! Saintis Jepun Cipta Robot Seperti Dalam Filem Avatar






Watak puak Navi dalam filem blokbuster Avatar, hampir menjadi kenyataan melalui penciptaan robot rekaan Jepun yang mampu meniru pergerakan individu yang mengawalnya.


Untuk mengawal robot TELESAR V, seseorang perlu memakai kelengkapan khas yang bukan sahaja membolehkan mereka memberi arahan kepada mesin tersebut, malah juga boleh melihat, mendengar dan merasa sama seperti robot android berkenaan.

"Apabila saya memakai peralatan khas dan menggerakkan badan saya, tangan saya seolah-olah 'berubah' menjadi tangan robot. Pandangan saya juga berbeza setiap kali menggerakkan kepala. Pengalaman ini sangat pelik kerana anda dapat rasakan yang anda adalah robot," katanya.

 

Profesor Susumu Tachi iaitu pakar kejuruteraan dan realiti maya di Sekolah Siswazah Rekaan Media Universiti Keiko berkata, sistem yang disambung ke topi, sarung tangan dan baju khas dipakai manusia akan menghantar butiran arahan kepada robot, membolehkan mesin itu meniru pergerakan individu yang mengawalnya.

Pada masa sama, deria robot android itu akan menyalurkan maklumat yang mampu dirasai oleh manusia.

Sarung tangan nipis poliester yang dilapik dengan semikonduktor serta motor kecil pula membolehkan manusia 'merasai' apa yang disentuh robot termasuk permukaan yang licin atau berbonggol, begitu juga dengan rasa panas dan sejuk.


Bahagian mata TELESAR V diperbuat daripada kamera yang mampu merakam imej. Imej tersebut dipaparkan dalam bentuk tiga dimensi di sebuah skrin di hadapan mata individu yang mengawalnya.

Robot itu bagaimanapun masih belum setanding dengan watak futuristik rekaan James Cameron, Avatar, sejenis tubuh kejuruteraan genetik yang mampu dikawal tentera.

Tachi berkata, apabila siap dibangunkan TELESAR V boleh digunakan dalam persekitaran berisiko tinggi contohnya di loji nuklear Fukushima yang bocor akibat bencana gempa bumi dan tsunami tahun lalu.





sumber: utusan malaysia

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.