Skip to main content

Rela Berbogel Demi Ikan Paus




Natalia Avseenko (36), seorang saintis wanita berani berbogel demi menaklukkan paus Beluga, iaitu sejenis ikan paus putih, dalam satu eksperimen unik dan kontroversi. Pakar marin yakin, ikan paus putih tidak suka disentuh dengan bahan buatan seperti baju selam. Penyelam handal dari Rusia ini menyelam ke dalam air bersuhu -1.5 Celcius.

Paus Beluga putih ini dikenali sebagai haiwan yang mampu meniru ekspresi muka seperti manusia. Dalam gambar di bawah, kelihatan dua ekor Beluga putih bernama Matrena dan Nilma tampak menikmati momennya bersama Natalia. Eksperimen unik ini telah dijalankan di wilayah Murmansk Oblast di barat laut Rusia di Laut Putih dekat Lingkaran Arktik.

Kawasan ini merupakan tempat pemberhentian paus dan ikan lumba-lumba yang digunakan instruktor haiwan untuk menjinakkan haiwan tersebut sebelum akhirnya dipindah ke dolphinarium di seluruh dunia. Manusia normal akan mati jika berada di suhu laut itu selama lima minit.

Namun kerana Natalia merupakan pengamal yoga, dia mampu bertahan dalam air bersuhu di bawah takat beku itu selama 10 minit 40 saat. 







source: http://arenaphoto.blogspot.com, http://www.dailymail.co.uk
 

Comments

  1. berpinar mata ku...cantik ikan..tapi org tu...cam bodoh jer..maaf

    ReplyDelete
  2. tu kan di namakan scientist.. buat ape je for their experiment

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.