Skip to main content

Inilah Gelaran 'Hot Mama' Untuk 10 Selebriti Dunia





Tidak semua wanita yang berfikir dua kali untuk mempunyai anak kerana bimbang kehilangan bentuk badan yang seksi.

Mempunyai anak tak bererti seorang ibu mengenepikan penampilannya. Walaupun mereka seorang selebriti dunia, mereka juga harus mengurus anak-anaknya. Seperti yang dipetik dari Zimbio, gelaran 'hot mama' diberikan kepada 10 selebriti pilihan.


1. Heidi Klum

Setiap wanita yang menjadi model 'Victoria's Secret' tentunya tidak perlu ragu keseksiannya. Salah satunya Heidi Klum. Supermodel 36 tahun itu kini telah dikurniakan empat orang anak, namun tubuhnya masih cantik dan menarik.


2. Angelina Jolie 

Aktres 34 tahun ini selalu kelihatan seksi walau mempunyai anak yang cukup ramai iaitu tiga orang anak angkay dan tiga lagi anak kandungnya hasil hubungan dengan pelakon Brad Pitt. Selain mengurus anak-anaknya, dia juga selalu tampil di aktiviti kebajikan.


3. Gwen Stefani

Salah seorang ibu tercantik saat ini tentu sekali layak diberikan kepada Gwen Stefani. Dia kelihatan selalu berpenampilan cantik di setiap acara yang dihadirinya. Gwen mempunyai band rock, berkahwin dengan bintang rock dan melahirkan dua anak comel.


4. Halle Berry

Setelah ditempatkan ke dalam 50 Most Beautiful People, Halle pastinya secara automatik tersenarai sebagai hot mama. Pada usia yang sudah mencecah 40 tahun, dia tetap kelihatan sempurna. Tidak keterlaluan jika menganggap Halle sebagai ibu yang seksi. Pada 2003, dia juga menjadi wanita paling seksi menurut FHM.


5. Jessica Alba

Untuk pertama kalinya pada 2001 Jessica Alba tersenarai antara 100 wanita paling seksi di majalah Maxim. Pada 2006, wajahnya menjadi penghias kulit depan majalah Playboy, dan beberapa tahun kemudian dia mempunyai anak. Bagaimanapun, tiada sedikit pun perubahan pada diri wanita itu kerana dia kelihatan sama seperti pertama kali muncul sebagai wanita seksi.


6. Reese Witherspoon

Ibu kepada dua anak iaitu Ava dan Deacon, Reese Witherspoon ini telah empat kali tersenarai antara 100 orang paling cantik di majalah People. Tentu tidak ada yang meragui keseksiannya. Wajarlah dia menyandang gelaran Hot Mama. Selain sibuk dengan karier, dia tidak lupa mengurus kedua anaknya. Malah, Reese yang baru saja berkahwin dengan Jim Toth mengaku ingin menambah anak lagi.


7. Jennifer Lopez

Bertubuh cantik, itulah yang ada pada diri Jennifer Lopez. Walau sudah dikurniakan dua anak kembar, penyanyi lagu 'Jenny From The Bronx' itu masih kelihatan seksi. Selain sibuk, dia juga mengaku bayi-bayinya masih menjadi keutamaannya.


8. Kate Hudson

Kate Hudson dikurniakan seorang putera bernama Ryder dari perkahwinannya dengan Chris Robinson, pada tujuh tahun lalu. Kini, artis berumur 31 tahun itu sedang mengandung anak keduanya. Namun, anugerah sebagai wanitaseksi masih tidak hilang dari bintang Bride War itu.


9. Victoria Beckham 

Walaupun telah dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang bayi perempuan, ia tidak membuat aura seksi Victoria Beckham pudar. Setelah berkahwin dengan pemain bola sepak, David Beckham pada Julai 1999, dia masih seperti dulu. Tentunya tidak keterlaluan jika menggelarkan anggota Spice Girls itu sebagai hot mama.


10. Christina Aguilera

Tentunya gelaran hot mama tidak perlu diragukan lagi bagi penyanyi lagu Beautiful itu. Bahkan, dia pernah mengatakan bahawa penampilan adalah segalanya, walaupun sudah dikurniakan seorang anak.

Comments

  1. "ibu2 skng mmng pndy jg bdn..xkurg juga yg nmpk selekeh..hehe..ad wet sume ley jd cik b illy oi..

    ReplyDelete
  2. victoria beckham???? hmmmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.

Hukum Memakan Strepsils Yang Mengandungi Alkohol

Encik Billy terkejut la jugak bila adik en Billy kata haram memakan Strepsils sebab ada alkohol. Dia kata lebih baik makan Fisherman's Friend sebab takde alkohol. En Billy terkejut dan tak percaya. Biar betul? Ya, memang betul! Kalau tengok label kat belakang pek tu memang ada tertulis perkataan alcohol.  So, Encik Billy pun puaslah menjelajah mencari bukti bendahalah Strepsils ni haram dimakan. Dan rumusannya, Strepsils ni hukumnya HARUS dimakan dan tidak berdosa. Sila baca lanjutan artikel ini di bawah jika ingin tahu dengan lebih lanjut.