Skip to main content

Pengasas Facebook Makan Bersila Pun Masuk Berita?



Benda macam ni pun nak masuk berita ke? Seriusly, apa yang peliknya makan bersila?


Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg dilaporkan makan bersila dekat pintu sebuah kedai di Palo Alto, California baru-baru ini.

Zuckerberg yang berusia 26 tahun dan bilionair termuda dunia dengan anggaran kekayaan AS$16 bilion (RM48.81 bilion) memakai baju T, kasut sukan dan seluar jean Levi’s semasa dia makan makanan Mexico yang dibeli dari sebuah gerai di tepi jalan baru-baru ini.

Seorang pejalan kaki berkata, pengasas Facebook itu tidak dikawal oleh seorang pengawal keselamatan.

“Dia (Zuckerberg) berjalan di gerai itu, menunggu dalam barisan seperti orang lain dan membeli ayam, nasi dan kerepek tortilla dengan harga AS$4 (RM12.20) untuk makan dengan seorang rakan di satu laluan ke sebuah kedai,” katanya.

Pengasas Facebook itu kelihatan seperti seorang pelajar yang tidak berduit semasa dia berdiri dan makan bersila.


Zuckerberg menyewa sebuah rumah yang mempunyai tiga buah bilik di sini dekat dengan pejabatnya. Dia tinggal bersama kekasihnya, Priscilla Chan, 26, yang merupakan pelajar jurusan perubatan. Zuckerberg turut memandu sebuah kereta Honda berusia lima tahun walaupun dia merupakan antara orang yang paling kaya di dunia.

Dia mencipta Facebook di dalam bilik asramanya di Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 2004. Namun, Zuckerberg tidak menamatkan pengajiannya di universiti tersebut dengan alasan untuk menumpukan perhatian ke atas Facebook.

Pengasas Facebook itu menjadi bilionair termuda semasa dia berumur 23 tahun.

Comments

  1. sederhana upenye Mark Zuckerberg nih....hua3...:D

    ReplyDelete
  2. suke cara hdup die.. x berlagak dan smple je. mmg respect ar kat die..

    ReplyDelete
  3. si mark ni da kahwin lom?
    huhu..tbe2 tny soklan lain..kakaka

    ReplyDelete
  4. bgus la mcm 2..
    hdup mcm org kye x best.
    penuh dgn etika..
    mymph..
    hoho~~

    ReplyDelete
  5. @ijam ismail kan kat atas tu ada ckp dia dduk serumah ngn gepren die...hehe :P

    ReplyDelete
  6. @sizubetol3...tp kan best kalu jd org kaya? even kalu ada protokol tp berduit woo

    ReplyDelete
  7. masuk berita cz die sgt kaya, tp sgt pemurah n sempoii je..awek die dr jepun..dorg tgl umah flat jeh kot. n mark ni ade derma utk sekolah ape ntah, lupe dah. sebanyak 100juta US dollar..so bayangkan kekayaan die. oprah celebrity terkaya di dunia pon hye dapat 64juta US dollar setahun.

    ReplyDelete
  8. tpi klau ikut telunjuk yahudi x gune jgk..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.