Ahli sejarah percaya, penemuan ini mampu membongkar kod rahsia Da Vinci.
Tadi Encik Billy tengok Buletin Utama kat TV3, adalah berita pasal saintis berjaya bongkar siapa sebenarnya Monalisa berdasarkan beberapa kod tersembunyi dalam lukisan itu. Kod ini merupakan sebahagian daripada Da Vinci kod yg terkenal tue. Encik Billy pun teringinlah nak tahu dengan lebih lanjut, so En. Billy google-google lah pasal benda ni..dan kat bawah ni adalah apa yg En. Billy jumpa...betul atau tak? wallahualam..
Tak banyak pun yang Encik Billy jumpa, kat bawah ni ringkasannya..kalau nak tau dengan lebih lanjut, sila klik di sini, juga di sini, dan tidak lupa juga di sini. Oh ya, di sini juga ya..
Ringkasannya:
- Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci. Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.
- Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.
- Ujar Glori lagi, walaupun bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah sejak beberapa abad berlalu, tetapi jalan berliku yang dapat dilihat dalam latar belakang Monalisa masih jelas di Bobbio.
- Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.
Nombor dan simbol pada lukisan ini hanya dapat dilihat melalui mikroskop |
- Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.
- "Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya.
Sebagai info tambahan, anda boleh saksikan klip video di bawah ini...
macamana dia wat semua benda ni???
ReplyDeletemenarik lah.. tadi pun tgk dekat berita jugak..
ReplyDeletesy bukan org seni. so tak paham..kenapa monalisa sgt pemes eh?
ReplyDelete@Wan Zulqhairi org seni...org biasa mcm kita ni susah nak paham
ReplyDelete@Cikjan tu ah..tgok kt Buletin Utama smlm
ReplyDelete@nurul lalala salah satu yg menjadikan ia popular disebabkan oleh misteri lukisan tu. salah satunya adalah senyuman monalisa.klu awak perasan, tak kiralah dari angle manasekalipun awak pandang lukisan tu, awak akan lihat monalisa seolah-olah pandang n senyum kat awak! itu salah satu dr misterinya..
ReplyDeleteoo..baru tau!thanks 4 da info~
ReplyDeleteno wonder la monalisa pemes!!!
Wow..nice info bro..mane korek ni? hehe :-)
ReplyDeleteNewbies Susahkan Blogger Senior?
yup..lukisan ni pn amek mase bthun2 but still xsiap lg die da mati...n sgt byk cerita sal monalisa..dr golongan bgsawan la..coz bju die..n sgt misteri is the eyes...
ReplyDelete