Skip to main content

Tikus Gergasi Ditemui di Dalam Rumah

Tikus yang ditangkap
 
Penduduk di kawasan kediaman Ravenscliffe di sini mengadu kepada pihak berkuasa Britain mengenai kemunculan spesies tikus bersaiz gergasi ditemui di dalam rumah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
 
Seorang penduduk, Brandon Goddard, 31, mendakwa, dia berjaya menembak mati seekor tikus itu yang sepanjang 76 sentimeter (sm). Namun dia kemudian mendapati terdapat beberapa lagi ekor tikus yang masih bebas berkeliaran di kawasan kediaman mereka.

Lagi gambar-gambar tikus ini....
 Jiran Goddard, Julie Briggs berkata, dia dan suaminya, Andrew Denton, 24, pernah mendengar bunyi tikus itu bergaduh di sebalik dinding rumah mereka sambil kejar-mengejar seperti perlumbaan kereta.

Masalah itu dilaporkan kepada seorang pakar di Persatuan Mamalia Britain, Laura Drake yang datang menyiasat ke kawasan kediaman tersebut. Dia menganggap tikus itu mungkin coypu, sejenis rodensia dari Amerika Selatan dan sering dirujuk sebagai tikus gergasi.

Katanya, haiwan itu sudah pupus di Britain lebih 20 tahun lalu namun menegaskan adalah tidak mustahil keturunannya masih wujud manakala Presiden Kelab Tikus Yorkshire, Colin Arundel berkata, tikus tersebut mungkin gemuk kerana mendapat banyak sumber makanan.

sumber: AP & Kosmo

p/s: memang besar gila tikus-tikus ni. Dekat Wangsa Maju Seksyen 4 pun ada banyak...cuma tak didedahkan saja.

 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.