Skip to main content

Sultan Brunei ada 7,000 kereta


Sebelum ini saya telah membuat satu post yang menyenaraikan Sultan Brunei sebagai raja kedua terkaya di dunia selepas raja Thailand. Hari keluar pula satu berita daripada akhbar Kosmo tentang Sultan Brunei yang dikatakan memiliki 7000 buah kereta.

Seperti yang disebut oleh akhbar itu pada hari ini, pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com .

Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).

Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.

Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.

Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.

Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.

sumber: kosmo

Comments

  1. suka lamborghini murcielago lp640 ^^

    ReplyDelete
  2. kat mana la nak bawaksemua keta tu,sebab brunei tu bukan besar mana pun? xsempat nak pecut maks dah masuk sabah @ sarawak. Kalau bw masuk Swak @ Sabah jln dia bukannya rata kena guna 4WD.ni dah bazir tahap GABAN ni....

    ReplyDelete
  3. ouh..jgn kata lagu tu.di sabah n sarawak jln dia lg elok dr semenanjung asenya.x pecaya try tny org sabah or srwak yg dok semenanjung..hee~

    ReplyDelete
  4. Terlalu banyak duit itulah diklasificasi sebagai kupur nikmat.....

    ReplyDelete
  5. hui saudara man kulim..laa ni sbh dah tak mcm dulu laa yg kene guna 4WD..apedaa

    ReplyDelete
  6. wah!gle r..leh bkk kedai kete tu..huhuhu

    ReplyDelete
  7. man kulim...awak duk sabah/sarawak tahun bila tu? agak nye man kulim tak ikut perkembangan semasa tak?

    ReplyDelete
  8. byk btl kereta baginda...nk try mntk sebiji la...huhuhu

    ReplyDelete
  9. That was a truly great blog!!!

    ReplyDelete
  10. di kala sultan brunei ada 7000 kereta, saidina umar ada sehelai baju jer. time baju dia di basuh, dia tunggu dengan tak pakai baju sampai baju dia kering..

    beza betul..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.

Hukum Memakan Strepsils Yang Mengandungi Alkohol

Encik Billy terkejut la jugak bila adik en Billy kata haram memakan Strepsils sebab ada alkohol. Dia kata lebih baik makan Fisherman's Friend sebab takde alkohol. En Billy terkejut dan tak percaya. Biar betul? Ya, memang betul! Kalau tengok label kat belakang pek tu memang ada tertulis perkataan alcohol.  So, Encik Billy pun puaslah menjelajah mencari bukti bendahalah Strepsils ni haram dimakan. Dan rumusannya, Strepsils ni hukumnya HARUS dimakan dan tidak berdosa. Sila baca lanjutan artikel ini di bawah jika ingin tahu dengan lebih lanjut.