Skip to main content

Posts

Unreal Place of the World- Salar Ulluni, Bolivia

Salar de Uyuni (atau Salar de Tunupa) merupakan dataran garam terbesar di dunia'. Berkeluasan 10,582 kilometer persegi (4086 sq mi). Ia terletak di Potosi dan Orurodepartments, iaitu di barat daya Bolivia, berdekatan dengan banjaran Andes. Dan ia terletak pada aras ketinggian meter (11 995 ft) di atas paras laut. Kawasan Salar ini terbentuk hasil daripada perubahan sebilangan besar tasik-tasik pra-sejarah. Ia dilitupi oleh beberapa meter kerak garam, yang memiliki kerataan luar biasa dengan variasi ketinggian, rata-rata dalam satu meter di atas seluruh kawasan Salar. Lapisan kerak ini berfungsi sebagai sumber garam dan merangkumi kolam air garam yang sangat kaya dengan sumber mineral litium. Dipercayai bahawa lapisan ini mengandungi 50 sehingga 70 peratus daripada sumber litium dunia, yang masih belum diteroka. Kawasan lapangan yang luas dan besar, langit yang jelas dan kerataan permukaan yang luar biasa ini membuatkan Salar de Uyuni, sebagai kawasan ideal untuk membuat kalibrasi a...

Burger Terbesar di Malaysia

Jika anda berkeinginan untuk merasai burger terbesar di Malaysia, anda bolehlah datang ke Universiti Teknologi Petronas, di Tronoh, Perak. Anda boleh merasai sendiri kehebatan pelbagai jenis makanan barat yang dihidangkan oleh sebuah Kafe Western yang terdapat di sini, iaitu Kafe Paprika. Dan sudah tentunya hidangan yang paling terkenal adalah burger Paprika, burger terbesar di Malaysia. Terdapat tiga jenis burger jumbo yang dijual, iaitu burger seberat 3kg, 1.5kg dan juga 1kg. 3 kg Burger 1.5 kg burger 1 kg Burger Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini .

15 Raja Paling Kaya Di Dunia

1. Raja Bhumibol Adulyadej, Thailand H arta: RM96 bilion Umur: 82 RAJA di dunia paling lama bertakhta. Sejak kebelakangan ini Bhumibol berdepan masalah kesihatan dan krisis politik. Bhumibol yang disanjung dan dihormati rakyat dimasukkan ke hospital tahun lalu, dipercayai kerana jangkitan paru-paru. Dalam pada itu krisis politik membabitkan pembangkang dan kerajaan bertambah ganas sebelum diakhiri dengan tindakan kerajaan menggunakan kekerasan Mei lalu. Kekacauan itu termasuk pembakaran bangunan bursa saham di Bangkok yang sekali gus menjejaskan pasaran saham, menakutkan pelabur dan pelancong. Bhumibol yang dilahirkan di Amerika Syarikat dan mendapat pendidikan di Switzerland bagaimanapun tidak campur tangan dalam krisis itu. Harta raja diletakkan di bawah pengawasan Biro Hartanah Istana dan kebanyakannya yang membabitkan pelaburan awam serta hartanah tidak terjejas akibat krisis itu. Bagaimanapun kekacauan, jika berterusan, mungkin mengancam kedudukannya. 2. Sultan Haji ...

Unreal Place of the World- Dotted Lake

Jika anda datang ke Osoyoos dekat British Columbia, jangan lewatkan kesempatan untuk mengunjungi salah satu tasik di antara tasik paling pelik di dunia. Tasik ini dikenali sebagai Tasik Osoyoos , juga terkenal dengan nama-nama lain seperti Dotted Lake atau Spotted Lake . Bila anda melihat foto-foto berikut, anda akan melihat mengapa mereka menyebutnya tasik bertitik (Dotted Lake) . Ada banyak titik-titik aneh di atasnya dan kelihatan ia benar-benar seperti dari planet lain. Sebenarnya tasik ini dipenuhi oleh banyak tasik kecil. Dipercayai bahawa air di tasik ini mempunyai kuasa penyembuhan pelbagai jenis penyakit, kerana sangat kaya dengan pelbagai sumber mineral. =

Payu Dara Terbesar

Gambar di atas adalah gambar Sheila Hershey (30 tahun), pemegang rekod payudaya terbesar di dunia. ( Ini gambar paling sopan saya jumpa, yang lain terlalu explicit ) Dia yang berasal dari Brazil, melakar nama sebagai Pemilik Buah Dada Terbesar Di Dunia yang direkodkan oleh Guinness Book of World Records. Kelibat ibu muda ini sering mencuri perhatian apatah lagi jika dia mengenakan pakaian sukan yang nyata sendat pada bahagian dadanya. Kelihatan selesa dengan penampilannya, Sheila yang telah menjalani 30 pembedahan plastik terutamanya pada bahagian dada pernah memberitahu dia mempunyai impian untuk kelihatan sentiasa menarik. Bagaimanapun, Sheyla kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal minggu lalu selepas menjalani pembedahan payu daranya yang terbaru di sebuah hospital.

iPad Versi Termurah Di Dunia

Ini adalah gambar prototaip komputer skrin sesentuh mirip iPad yg diperkenalkan di India semalam. Antara ciri-ciri komputer ini: Termurah di dunia: berharga AS$35(RM112.12). Harga disasar untuk dikurangkan sehingga AS$10(RM32.04) papan induk, cip pemproses, sambungan, semuanya kos terkumpul sekitar AS$35 (RM112.12), termasuk memori, paparan dan segala-galanya Mempunyai pelayar internet, wifi, dan kemudahan persidangan video (webcam) PDF reader Linux OS Fleksibel- komponen baru boleh ditambah mengikut keperluan pengguna Peralatan itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik di institusi teknologi terkemuka India, Institut Teknologi India dan Institut Sains India. India memang terkenal dengan pembangunan barangan berteknologi tinggi tetapi berharga murah, demi memenuhi keperluan penduduknya yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Sebelum ini, sebuah kereta termurah di dunia, Tata Nano dijual pada harga minimum RM 6000.

Menu Seminggu Untuk Penurunan Berat Badan

Ha, bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, di sini ada menu seminggu yang wajib anda patuhi dari bangun pagi sehinggalah anda tidur. Saya terjumpa info menarik ini melalui sebuah forum kesihatan. Tak dapat dipastikan keberkesanannya. Tetapi mengikut thread forum itu, jika anda mengamalkan diet ini, anda boleh mengurangkan berat sebanyak o.5 kg dalam tempoh seminggu. Dalam sebulan, boleh berkurang sebanyak 2 kg....wallahualam. Isnin Bangun Pagi : 1 gelas air kosong Sarapan : 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam Minum Pagi : 1 gelas air kosong Makan Tengahari : 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong Minum Petang : 3.00 petang : 1 gelas air kosong 6.00 petang : 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus Makan Malam : 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong Minum Malam : 1 gelas air kosong Selasa Bangun...