Polis kini mengesan kewujudan aktiviti pelacuran membabitkan wanita dari Timur Tengah yang menjadikan Malaysia antara destinasi utama aktiviti maksiat mereka. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sepanjang operasi dijalankan Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) tahun lalu dan awal tahun ini mendapati wujudnya trend baru membabitkan pelacur wanita dari Timur Tengah.