Berjalan-jalan ke Seoul, Korea Selatan, rasanya tidak lengkap jika anda tidak mengunjungi salah satu ikonnya iaitu Seoul Tower. Selain dapat melihat seluruh Bandaraya Seoul, anda juga pasti akan menemui ribuan padlock (mangga) yang kononnya merupakan lambang cinta untuk pasangan kekasih.
Seoul memang dikenali sebagai salah satu kota terpadat di dunia. Seoul Tower adalah menara komunikasi yang didirikan di atas Gunung Namsan di pusat bandaraya Seoul. Menara ini juga disebut dengan nama Namsan Tower.
Di sini anda akan mendapati terdapat ribuan mangga berkunci (padlock) dengan pelbagai jenis tulisan. Jenis padlocknya pula bermacam-macam. Ada yang besar, kecil dengan berbagai tulisan yang berisi tentang harapan dan cita-cita. Ada juga yang memasang menggunakan rantai basikal.
Tradisi memasang padlock di Seoul Tower ini mula popular sejak 1990-an. Banyak pasangan kekasih yang menuliskan nama dan harapan mereka pada padlock, setelah itu dikunci, dan kuncinya dilempar jauh dari atas menara. Ertinya, nama yang tertera di padlock itu kini sudah terkunci selamanya. Tradisi ini dinamakan love lock atau kunci cinta.
Lagi gambar-gambar menarik:
sumber: http://arenaphoto.blogspot.com
Comments
Post a Comment