Fenomena cuaca sejuk melampau yang melanda beberapa bahagian di Amerika Syarikat menyaksikan satu kejadian menakjubkan berlaku di kawasan pantai Nantucket, timur Amerika Syarikat. Cuaca yang sejuk ini hampir membekukan kawasan pantai ini, satu fenomena yang jarang-jarang berlaku. Lebih menarik lagi di beberapa kawasan pantai ini, kejadian ombak membeku berjaya dirakam oleh fotografer, Jonathan Nimefroh.