Iguazu Falls atau Air terjun Iguazu merupakan sebuah kumpulan air terjun. Lokasi ini memiliki sekitar 275 air terjun yang terpisah dengan pelbagai variasi ketinggian, iaitu antara 60 meter hingga 82 meter. Air terjun Iguazu memiliki lokasi yang unik kerana terletak di sempadan tiga negara Amerika Selatan, iaitu Paraguay, Brazil, dan Argentina.