Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Manusia Bersin Dengan Kelajuan 100 Kilometer Sejam

Pada kelajuan 100 kilometer sejam ketika anda bersin: Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati . Jika anda cuba untuk membuka mata ketika bersin, bola mata anda boleh terkeluar Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti. Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin ,Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik..

Keindahan Perkampungan Penuh Warna-Warni di Greenland

Tidak tersentuh, terpencil dan sulit dijangkau, Greenland adalah sebuah alam liar di mana banyak jalan yang belum ada, pemandangan yang belum terjamah dan tentu saja membuatkan anda terpesona. Dengan tidak adanya pokok, jalan serta hampir tidak ada orang, pulau ini tentu saja lebih banyak diisi oleh Dwarf daripada manusia. Meskipun sejuk, Greenland adalah sebuah tempat yang tidak boleh dilupakan dengan auroranya yang magis dan rumah-rumahnya yang berwarna-warni.

Pengaruh Perasaan Terhadap Bentuk Sel Darah Merah (Menakjubkan!)

Satu kajian dilakukan oleh pakar EFT untuk menunjukkan bagaimana keadaan darah manusia ketika berada dalam situasi normal, sedih, gembira, jatuh cinta dan ketika berdoa.  Kajian ini dilakukan terhadap seorang wanita yang bernama Rebecca. Pakar EFT tersebut mengambil sampel darah daripada Rebecca kemudian memotretnya dengan menggunakan "darkfield microscope" yang dihubungkan dengan monitor komputer. Melalui cara ini, perubahan ketara pada darah Rebecca dapat dilihat dengan  jelas setiap kali emosinya berubah.  Berikut ini adalah gambar sel darah Rebecca sebelum dan selepas melakukan EFT. Atas- Sebelum melakukan EFT  (sel darah merah menggumpal disebabkan oleh Lectin yang didapat dari alergi ayam dan alpukat). Bawah- Sesudah melakukan EFT (sel darah merah menjadi normal kembali)

Lokasi Rumah Paling Ekstrim di Dunia

Pernah terfikir untuk membina rumah dan tinggal di lokasi-lokasi ekstrim seperti di bawah ni? Sila bermimpi! Matterhorn, Switzerland

Petronas di Tempat ke-10 Syarikat Kepemimpinan Terbaik di Asia

Sebagai salah seorang staff di PETRONAS, Encik Billy amat-amatlah berbangga dengan kejayaan ini; PETRONAS disenaraikan di kalangan 10 syarikat terbaik dalam kepemimpinan di Asia. Ia satu-satunya syarikat dari Malaysia dan Asia Tenggara yang berada dalam senarai ini. PETRONAS berkongsi pencapaian itu dengan syarikat antarabangsa terkemuka lain seperti Coca-Cola, IBM, Nestle, Procter & Gamble dan Unilever.

Pelukis Yang Melukis Tanpa Berus & Dakwat, Hanya Menggunakan Hujung Jarinya...

Percayakah anda lukisan potret di bawah ini dilukis tanpa menggunakan berus atau warna, sebaliknya hanya menggunakan hujung jari pelukisnya sahaja? Ya, anda harus percaya....lukisan-lukisan di bawah ini adalah karya pelukis terkenal, David Kassan yang melukis potret manusia hanya dengan menggunakan Apple iPad...menakjubkan? Mungkin ya, meungkin tidak.

Gambar-Gambar Yang Menyejukkan Hati

Pemain Bola Sepak England Memeluk Islam

Philipe Sanderos, lelaki kelahiran Switzerland yang bermain sebagai penyerang kelab Fulham Liga Premier Inggeris, dilaporkan telah memeluk Islam.  Dia mengisytiharkan keyakinannya di sebuah Islamic Center di Manchester, England. Senderos yang sebelumnya bermain untuk kelab raksasa Inggeris, Arsenal, merupakan seorang lulusan teologi, menunjukkan banyak minat dalam agama-agama dunia dan menghabiskan sebagian besar waktunya di luar permainan bola sepak untuk membaca segala hal mengenai agama sebelum dia memeluk Islam. “Saya sangat tertarik pada agama-agama dunia dan membaca banyak buku tentang itu”, Senderos berkata dalam sebuah wawancara dengan majalah Arsenal. “Jika saya tidak bermain bola sepak, saya mungkin akan menjadi seorang imam”, tambahnya. Senderos akhirnya mencari pengetahuan untuk manfaat dan menemui petunjuk dalam agama Islam. Alhamdulillah. sumber: http://absoluterevo.wordpress.com

Litla Dimun Island: Pulau Yang Bertopikan Awan

 Pernah dengar pulau bernama Litla Dimun? Hahaha, mungkin ramai yang baru first time dengar nama pulau yang pelik ni kan? Mari kita berkenalan dengan pulau yang unik ini...  

Mengapa Ayam Berkokok Setiap Pagi?

Mengapa ayam jantan selalu berkokok ketika hampir menjelang subuh, bahkan sebelum matahari muncul di ufuk Timur? Pernahkah anda terfikir? Menurut satu kajian yang dilakukan baru-baru ini, ianya ada kaitan dengan jam 'alarm' semulajadi yang dimiliki ayam jantan. Menurut earthsky.org, ayam jantan berkokok kerana memiliki jam 'dalaman' yang membantunya mendahului terbitnya matahari. Seperti halnya burung, ayam jantan bernyanyi atau berkokok dalam kitaran (siklus) harian. Hampir semua haiwan memiliki kitaran harian masing-masing dari kegiatan yang dikenali sebagai ritma circadian (circadian rhythm) . Ini adalah ritma biologi pada haiwan, yang mengikuti kitaran siang dan malam.

Unik, Basikal Tanpa Rantai

Basikal tanpa rantai ini direka oleh Italian design house; Albeto Del Biondi. Ia bukanlah teknologi terbaru, tetapi disebabkan ia kurang praktikal berbanding basikal berantai, ia kurang mendapat perhatian. Apa-apa pun, basikal di bawah ni tetap cool!!

Jenis Fobia Terbaru; Nomophobia= Fobia Tanpa Telefon

Masyarakat zaman moden kini berdepan dengan sejenis penyakit baru yang dikenali sebagai nomophobia atau fobia tanpa telefon. Dianggarkan lebih 66 peratus daripada penduduk Britain kini memilih untuk 'bersama' dengan telefon sepanjang masa dan tidak boleh berpisah dengan alat telekomuniskasi itu walaupun sekejap.

Malaysia di Tempat ke-110 Negara Paling Gagal di Dunia

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh The Fund for Peace (FFP) , Malaysia berkedudukan di tempat ke-110 sebagai negara paling gagal di dunia. Data ini dikeluarkan FFP dalam laman web rasminya http://www.fundforpeace.org, pada awal bulan ini. Daripada 178 buah negara, Malaysia menduduki urutan ke-110 negara paling gagal. Atau dalam erti kata lain, Malaysia adalah negara ke-68 paling berjaya di dunia. Indeks Negara Gagal ini adalah edisi tahunan ke-8 yang menyoroti tekanan politik, ekonomi, dan sosial global yang dialami negara.

Cara Negara China Melatih Tenteranya Berhenti Merokok

Tentera China mempunyai peraturan tegas yang melarang para tenteranya merokok. Apabila ada tentera yang ditangkap merokok, pihak atasan tentera dengan segera akan menghukum mereka yang bersalah dalam apa yang disebut sebagai 'operasi berhenti merokok'. Mau tahu bagaimana caranya? Check it out... 1. Tentera yang ditangkap merokok akan disuruh merokok, tetapi dengan kuantiti yang banyak; 5 hingga 7 batang rokok sekaligus untuk sekali hisap  

Desain Bilik Tidur Yang Gempak Untuk Anak Perempuan

Bagi anda yang berkeinginan untuk menghias bilik anak-anak, atau bilik anda sendiri, mungkin desain-desain super cool lagi awesome di bawah ini boleh dijadikan panduan..selamat mencuba.    

Rahsia Kejayaan: Mesut Oezil Membaca Ayat-Ayat Al-Quran Sebelum Bertanding

Mesut Oezil boleh dikatakan kini sedang menikmati masa-masa indah dalam kariernya sebagai pemain bola sepak dalam 2 tahun terakhir ini. Jika ada yang jadi sumber “kekuatan” Oezil saat ini, kemungkinan itu adalah kerana dirinya kerap membaca ayat-ayat Al-Quran sebelum bertanding. Nama Oezil mulai terkenal ketika tampil memukau di Piala Dunia 2010 bersama Jerman. Pada penampilan perdananya bersama negaranya pada perlawanan antarabangsa, Oezil menunjukkan kemampuan handalnya sebagai playmaker dan meskipun tidak berjaya membawa Der Panzer sebagai juara, tetapi permainannya mengkagumkan ramai pihak.

Bodohnya...Umur 31 Tahun Masih Pakai Lampin dan Hisap Botol

Seorang lelaki berusia 31 tahun sanggup menghabiskan usianya selama 18 tahun dengan memakai lampin pakai buang dan menghisap puting semata-mata ingin menjadi seorang budak berusia dua tahun. Stanley Thornton bukan sahaja tidur dalam kandang bayi malah dia juga mempunyai bilik tidur sendiri yang dihiasi dengan perhiasan budak kecil. Menurut Stanley, setiap hari dia berlagak seolah-olah dia budak berusia dua tahun dan dengan melakukannya, dia merasakan ia satu perkara paling penting dalam hidupnya. “Ia merupakan perasaan yang tidak pernah saya alami sepanjang saya membesar.

Samsung Galaxy S III Meletup! Punca Belum Diketahui

Suatu ketika dulu, apabila iPhone meletup, ia mendapat liputan meluas media . Semalam , kes yang lebih kurang sama berulang lagi - telefon yang paling hangat di pasaran ketika ini - Galaxy S III - menerima nasib yang sama. Kejadian yang tidak menyenangkan itu  berlaku di Ireland. Sebuah telefon Galaxy S III berwarna putih yang dibeli daripada Carphone Warehouse sedang dicas bateri pada sebuah kereta apabila asap putih tiba-tiba muncul daripada bahagian bawah telefon. Berikut adalah beberapa gambar yang dirakam :

Zakar Gajah (gambar)

Panjaaaaaannng nya!! Gajah merupakan binatang darat yang memiliki zakar terpanjang di dunia secara purata sepanjang 6 kaki atau 1.83 meter!

5 Fakta Untuk Anda Percaya Atau Tidak?

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lu…pa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen. 2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati kera cunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

Pantai Tanpa Laut Yang Menakjubkan

Kebiasaannya kita hanya menemui pantai yang mempunyai laut yang luas. Namun di Sepanyol tedapat pantai yang dikenali sebagai The Gulpiyuri Beach. Ia adalah pantai tanpa laut. Nama pantai ini adalah Playa de Gulpiyuri atau lebih dikenali sebagai The Gulpiyuri Beach adalah sebuah pantai yang terletak di Llanes, Sepanyol. Yang menariknya ia merupakan sebuah pantai tanpa laut tetapi terletak kira-kira 100 meter dari kawasan laut. Di antara kawasan pantai dan laut dipisahkan oleh sebuah gua. Keluasan pantai tersebut hanyalah kira-kira 40 meter dan anda akan merasai ombak seperti biasa dari air yang mengalir masuk melalui gua tersebut.

[VIDEO] Katak Berbunyi Seperti Kucing Mengiau

Seekor katak ditemui dalam bentuk fizikal yang normal. Namun apa yang memeranjat mereka, katak ini mampu mengeluarkan suara seperti seekor kucing. Suara katak pelik tersebut seolah-olah seperti bunyi kucing yang mengiau. Jika anda tidak percaya, sila lihat video di bawah...cekidout

Cool, Kaligrafi Cahaya

Julien Breton a.k.a Kaalam, seorang artis kaligrafi dari Perancis bereksperimen dengan cahaya dan teknik fotografi menghasilkan karya indah: kaligrafi cahaya.   Dalam teknik fotografi, dikenali dengan istilah long exposure technique atau pemotretan memanfaatkan panjang cahaya. Contoh mudahnya: ketika waktu Maghrib, cuba rakam dengan kamera handphone suasana lalu-lintas kenderaan di jalan raya. Hasil akan akan memperlihatkan lampu semua kendaraan menjadi garis panjang. Dengan kamera SLR/DSLR, panjang cahaya itu dapat diatur dengan memainkan diafraghma (f) dan speed. Semakin lambat speed, semakin panjang pula lukisan cahaya yang dihasilkan.

[UNIK] Toilet Restaurant di Taiwan

Pernah terfikir untuk makan dalam mangkuk tandas? Maka anda perlu datang ke restoren ini. Marton Theme Restaurant, di Kaohsiung (Taiwan) ini menyediakan suasana makan di dalam tandas bagi pelanggannya. Dekorasi ruangan, kerusi dan tempat makan yang digunakan sama seperti tandas-tandas biasa. Meja makan di sini dibuat seperti bathtub, dan makanan yang disediakan diletakkan di piring dan mangkuk yang didesain seperti tandas duduk. Makanan yang disajikan di sini tidak hanya menyelerakan, tetapi juga memberikan sensasi sendiri bagi pengunjungnya.

Sebenarnya Apple iPhone Yang Pertama Dicipta Pada Tahun 1983

Mungkin ramai yang tak tahu, iPhone yang pertama sebenarnya terinspirasi pada tahun 1983. Lupakan teknologi skrin sentuh lama , iPhone ini adalah telefon bimbit rumah berwarna putih dengan skrin sesentuh yang terbina dalam (built-in) yang dikawal bersama stilus . Telefon ini direka untuk Apple oleh Hartmut Esslinger , seorang pereka bentuk berpengaruh yang membantu menjadikan IIC komputer Apple ( komputer "mudah alih" Apple yang pertama ) dan   kemudian nya mengasaskan Frogdesign . i Phone 1983 pastinya sesuai dengan reka bentuk  Esslinger yang lain untuk Apple . Ia juga meramalkan kemunculan gadjet touchscreens iPhone dan iPad .

13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia. Ini mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai. Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah: 1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.

Telur 1000 Tahun Dari China

Pernah dengar telur pendang? Kalau zaman dulu mungkin orang selalu dengar, tapi sekarang mungkin dah pupus. Kalau ada pun zaman sekarang ni, telur tu dah tak sedap, sebab tak ramai yang pandai buat. Tapi ini adalah telur yang diperap. Di China telur ini dipanggil telur seribu tahun. Sesiapa yang memakannya difahamkan akan mendapat nasib yang baik.

Verzasca River - Sungai Paling Jernih Yang Menakjubkan!

Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini.  Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti scuba diving dan bungee jumping. 

Rumah Terkotor di Dunia...Siapalah Penghuninya?

  Malas nak cakap panjang...lihat je gambar-gambar ni bawah ni. Siapalah penghuninya?  Look the answer after the jump. It’s also the owner’s fault though

Sejarah Asal-Usul Hari Bapa

Pelbagai cerita dan pendapat yang berkembang dan dicatat dalam cerita sejarah mengenai bermulanya idea sambutan HARI BAPA ini. Namun yang paling masyhur, tentunya versi cerita di bawah ini. Dan ia sekali lagi memperlihatkan, negara BARAT yang mempelopori pembudayaan setiap sambutan hari-hari penting, dan diikuti oleh negara-negara lain, termasuklah MALAYSIA.   Sejarah Sambutan Hari Bapa: Ms Sonora Louise telah digelar sebagai Mother of the Father’s Day Festival. Ini semua kerana besarnya sumbangan dan pengorbanan beliau dalam usaha untuk mewujudkan sambutan hari bapa sebagai mana yang kita sambut sehingga hari ini.

Hebat! Harimau Jadi Haiwan Peliharaan di Rumah

Enzo, harimau belang yang tinggal bersama pasangan Michael Jamison dan Jackie Smit di Brakpan, Afrika Selatan, tidak ubah seperti kebanyakan kucing; dia suka tidur di atas katil, makan makanan kucing dan kadang kala mencakar perabot rumah.

10 Petua Tradisional Menghilangkan Kelemumur

Petua 1: Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah. Petua 2: Ambil sebiji limau nipis, kemudian belah 4. Basahkan rambut anda. perah air limau tadi dan ramas diatas kepala anda beberapa minit. Selepas itu bungkus rambut anda dengan tuala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh rambut anda dengan syampu. Lihatlah hasilnya dalam seminggu. Hasilnya pasti memuaskan anda.

Iklan Rokok Yang Membuat Orang Berhenti Merokok

Mengenali Etnik Rohingya di Myanmar, Serta Pertempuran Antara Islam dan Budhha

Krisis yang kian memuncak akhir-akhir ini dan menggemparkan dunia adalah berkenaan dengan keganasan ke atas penduduk Islam etnik Rohingya di Myanmar. Ia bukan sekadar perbalahan politik yang biasa-biasa di mana-mana negara. Tidak seperti di Mesir dan Syria, ia adalah perbalahan politik, antara pemerintah dan juga kebangkitan rakyat. Ia juga bukan sekadar perbalahan antara 2 agama; iaitu Islam dan Buddha. Ia adalah isu PENGHAPUSAN ETNIK. Seperti mana di Bosnia dan Chechnya satu ketika dulu. Mengenali Etnik Rohingya: Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Sejarah telah mencatatkan bahawa umat Islam Rohingya merupakan penduduk asal Rakhine membentuk gugusan besar Arakan yang terletak berhampiran sempadan Bangladesh pada ketika ini menerusi pelbagai kajian sejarah serta ilmiah yang dilakukan.

Rumah Sekecil dan Sesempit Ini Dijual Pada Harga Hampir Setengah Juta Ringgit!

Ia bukanlah rumah terkecil di dunia (sebab ada yg lebih kecil dari ini), tapi ia sangat kecil dan berharga hampir setengah juta RM! Terletak di Toronto, Kanada, ia mempunyai sebuah ruang tamu, dapur, dan bilik tidur dengan keseluruhan luas dalamannya hanyalah kurang dari 300 kaki persegi. Ia dibina pada sebidang tanah yang hanya berkeluasan 7.25 kaki lebar dan 113.67 kaki panjang. Sekarang rumah ini masih dalam proses jualan...ada yang berminat?

Cara Unik Orang INDIA Memanggil Hujan...iaitu Dengan Mengahwinkan Kodok

Hahaha...nak tergelak pun ada, tapi inilah realiti yang berlaku apabila penduduk kampung di Takhatpur, India sepakat untuk mengahwinkan sepasang kodok dalam satu ritual penuh adat istiadat. Perkahwinan ini dilakukan sebagai ikhtiar mereka memohon agar diturunkan hujan setelah kampung mereka dilanda kemarau yang berpanjangan. Cuma terfikir jugak, kenapa dalam banyak-banyak binatang, Kodok yang dipilih? Kenapa bukan ayam, kucing atau lembu?   Upacara akad nikah disusuli dengan acara 'french kiss'

Aneh, Lelaki Israel Mahu Jadi Warganegara Palestin

Seorang pendatang Yahudi dari Tajikistan, Andre Pshenichnikov, 23, menegaskan beliau mahu memutuskan semua hubungan dengan Israel dan akan memohon kerakyatan Palestin, satu insiden dianggap luar biasa dan amat jarang berlaku. Pshenichnikov, ditahan pihak berkuasa Tel Aviv baru-baru ini, selepas tinggal secara haram di Kem Pelarian Palestin Deheishe dekat Baitulaham dan berhasrat melepaskan kerakyatannya sebagai warga Israel. Beliau kini bercuti dua bulan di Eropah dan berharap dapat berpindah ke Tebing Barat apabila pulang nanti. Insiden membabitkan warga Israel yang memohon untuk tinggal di bawah pentadbiran Palestin amat jarang berlaku.

Top 30 Korean Flower Boys 2012

Berdasarkan undian peminat di sebuah portal hiburan Korea, berikut adalah ranking 30 artis lelaki Korea paling 'bunga' pada 2012: Senarai Top 10 mengikut urutan:

Cool..Kertas Elektronik Ciptaan LG

LG baru-baru ini memperkenalkan 'sehelai' kertas elektronik yang dikenali sebagai Electronic Paper Display (EDP) plastik pertama di dunia. Layar e-paper dengan resolusi 1.024 x 768 piksel itu, dapat dilentur pada bahagian sudutnya sehingga 40 darjah. EDP buatan LG tersebut dikatakn bakal merevolusikan pasaran e-book. Dengan EPD yang lebih tipis, lebih ringan, dan lebih tahan lama, membaca E-Book akan jauh lebih mudah dibandingkan dengan gajet lain seperti tablet dan smartphone.

(GAMBAR) Jaychee Chan, Sekacak Ayahnya Jackie Chan

Dilahirkan di Los Angelos, Jaychee Chan merupakan anak kepada pasangan Jackie Chan dan Lin Feng-Jiuo (seorang aktres Taiwan). Kini, Jaychee merupakan seorang penyanyi terkenal yang telah melahirkan beberapa buah album di Taiwan.  Ikuti koleksi gambar Jackie Chan bersama anak lelakinya, Jaychee Chan:  

FUCK !!

17 Fakta Menarik Sekitar Euro 2012

  1. Kejohanan Euro atau dikenali juga sebagai Piala Eropah mula dianjurkan  pada tahun 1960 yang dimenangi oleh Soviet Union (Russia). Kejuaraan ini danjurkan setiap 4 tahun sekali. 2. Sepanjang sejarah, Jerman menjadi negara paling banyak memenangi perlawanan iaitu sebanyak 3 kali (1972,1980, dan 1996) 3. Dahulunya, kejohanan ini diberi nama European Nations Cup dan berubah jadi European Football Championship. Kini kejuaraan ini lebih dikenali dengan Piala Eropah atau Euro.  4. Sejak awal sejarah penganjuran kejohanan ini pada tahun 1960, Kejohanan Euro 2012 kali ini akan menjadi edisi yang ke-14. 5. Setelah sebelumnya  dianjurkan di negara-negara Eropah barat (Perancis, Sepanyol, Itali, Belgium, Yugoslavia, Jerman, Sweden, UK, Belanda dan Portugal), inilah untuk pertama kalinya Kejohanan Euro dianjurkan di negara Eropah Timur (Poland-Ukrain).

(GAMBAR) Inspirasi Desain Dapur Yang Mewah

Semoga gambar-gambar di bawah ini menjadi inspirasi buat  anda yang berkeinginan untuk mengubahsuai rumah atau membuat rumah baru...