Skip to main content

13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia


Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia. Ini mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai. Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah:


1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR
HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.


2.BANGLO MONA FANDEY
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang yang telah menggemparkan dunia.

 
3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU
Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.

 
4.LEBUHRAYA KARAK
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini.Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

 
5. VILLA NABILA, JOHOR BAHRU




Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.

 
6. AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND
Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

 
Antara tempat-tempat yang berhantu lain ialah:

7. Simpang-T Georgetown Pulau Pinang – lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

8.Institusi St Michael, Ipoh – Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

9. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar Perak – Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.

10. Victoria Intitution, Kuala Lumpur – Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.

11. Bukit Tungku, Kuala Lumpur – Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

12. Rumah ADO Menumbok, Sabah – Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

13. Penjara Pudu - Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.  


sumber: gempak.org

Comments

  1. ada lg nih, kellie's castle kt perak pun terkenal juga berhantu nya

    ReplyDelete
  2. tol2 kellie's castlepon femes..hehe npe BUKIT TUNKU tu include skali..hari2 nk p keje sy lalu ctu!!!! hahahahhaha....xd plak rse pape rse tenang ade r coz temp die cntek damai je pokok2 tu..hehehehhe ><

    ReplyDelete
  3. belakang rumah aku..... takut mengerikan...... (nada tok dalang)he....he...

    ReplyDelete
  4. G'day

    no.8 - St. Michael's Institution - fakta yang diberi tidak begitu tepat. Jelmaan mubaligh itu juga bukan lah hantu yg paling popular di SMI... diharap diperbetulkan atau dapatkan fakta yang sahih dari sumber2 yang kukuh.

    ReplyDelete
  5. kolej sultan abdul hamid juga terkenal dengan cerita2 hantunya..sezaman dengan VI dan SMI

    ReplyDelete
  6. Kat villa nabila tuh nape letak gambar pokok??

    ReplyDelete
  7. Mona Fendy tu kat Ulu Dong, Raub, Pahang.. bukan di Temerloh...

    ReplyDelete
  8. ACS ipoh. tandas bwah tanah. tmpg pancung kepala zman jepun

    ReplyDelete
  9. Kolej Sultan Abdul Hamid ni banyak juga cerita hantunya. Tapi kebanyakkan studentnya lagi hantu dari hantu yang ada. Aku pun pernah juga kena kacau. Dengar Jepun berkawad pagi pagi buta jam 2 pagi tu ker4ap kena. Tapi yang pelik tak takut. Ada satu lagi Hantu Man Kreng. Time nak tidur tu nanti dengan oarang tarik rantai atas lantai. Nak buka mata tak berani.. tapi lagi tak buka mata..man kreng ni akan duduk depan muka kita sambil ketawa macam budak...bila buka mata..tak adsa apa...tapi lagi tak buka mata..sampai pagi dia duk depan muka kita. Hantu pompuan tak pernah dengaq pula...mungkin hantu pompuan takut dengan kami semua budak budak lelaki yang tak kenal takut kut. Tempat palin keras..Asrama A, Bilik Hang Tuah, Bilik Putera dan Bilik Bendahara. Toilet pun biasalah ada yang menema membasuh...but jepun berjalan sendiri. Surau pula..banayk Jin Islam, kalau tertidur dalam surau dekat depan..nanti adalah yang tolong ubah pi belakang. Kalau tertidur tu..nanti dalam separuh sedar sure akan nampak bayangan orang baju putih duk sembahyang berjemaah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah kena zaman student dlu.. menumpang asrama sana.. seram wooo

      Delete
  10. Artikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.

    .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”