Seorang lelaki Zimbabwe mengalahkan 15 peserta yang lain bagi memenangi anugerah lelaki paling hodoh atau Mr Ugly 2011. Austin Mbewe (tengah) selepas dinobatkan sebagai Mr. Ugly 2011 Akhbar tempatan melaporkan Austin Mbewe, 30, dari Bulawayo memenangi 1,200 rand Afrika Selatan (AS$173) pada pertandingan yang diadakan di pekan Beitbridge. “Saya berbangga dengan kejayaan ini,” katanya dipetik selepas memenangi pertandingan tersebut. “Selama ini saya sering diejek sejak kecil lagi kerana hodoh, kini dunia melihat di sebalik kehodohan ini ada keindahan,” katanya. sumber : utusan malaysia, http://www.zimdaily.com