Apa yang sama tentang pasangan kembar seiras, Caroline Paxton dan Elizabeth Cooke ini :
- Mereka dilahirkan selang empat minit
- Belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej yang sama
- Lulus dengan gred 2:1 yang sama untuk ijazah sama di universiti yang sama
- Pasangan kembar ini juga berkahwin pada hari yang sama
- Berbulan madu di tempat yang sama
- Kedua-duanya juga bekerja sebagai anggota polis wanita
- Memandu kereta model yang serupa (kereta model Skoda yang sama warna)
- Mempunyai rakan yang sama, masing-masing tinggal di sebuah rumah berkembar
- Sering memakai pakaian yang sama, membeli hadiah dan kad hari jadi serupa tanpa dirancang
- Mereka juga melahirkan anak pertama selang beberapa bulan dan kini masing-masing mengandung anak kedua.
Paras rupa Caroline dan Elizabeth hampir sama hingga suami mereka kadang-kadang keliru hingga menyebabkan mereka tersilap mencium wanita itu.
Pernah sebelum ini seorang daripada mereka menyamar menjadi seorang lagi untuk memutuskan hubungan dengan seorang teman lelaki. Kini, perbezaan mereka hanya pada gaya rambut.
ELizabeth berkata: “Kami tidak pernah merancang sesuatu bersama. Kami hanya mempunyai gerak hati seperti pasangan kembar lain dan kami tidak dapat menjelaskan bagaimana ia terjadi.
"Apabila kami keluar membeli-belah, kami sering terbeli pakaian yang sama dan pernah beberapa kali kami terbeli kad dan hadiah hari jadi serupa. Pernah Caroline tidak mahu memutuskan hubungan dengan seorang teman lelakinya. Saya menyamar dan melakukan untuknya. Yang mengejutkan, lelaki itu tidak tahu perbezaan antara kami.”
Caroline dan Elizabeth ketika bayi |
Ketika zaman kanak-kanak |
Mereka pergi ke sekolah yang sama |
Mereka berkahwin pada hari yang sama, pakai gaun kahwin yang sama |
Memandu kereta model Skoda yang sama model dan warna |
Dan kedua-duanya kini sedang mengandungkan anak kedua |
Caroline berkata: “Orang ramai sering tersilap ketika menegur kami tetapi saya tak kisah untuk membetulkan mereka lagi. Saya hanya tersenyum dan berkata ‘ya.’
Selepas belajar di sekolah menengah dan kolej, pasangan itu tinggal bersama sebelum menamatkan pengajian dengan keputusan yang sama untuk ijazah Perniagaan Ekonomi dari Universiti Nottingham Trent pada 2003.
Mereka kemudian sama-sama menjadi anggota polis.
sumber: hmetro, dailymail.co.uk
nice!
ReplyDeleteheheheheh nice.mcm dirancang2 kan.
ReplyDeletesebijik gila muka dorang
ReplyDeleteluv twin...
ReplyDeleteunderstood the feeling. haha
ReplyDeletesorang cam tembam sket..ehehe
ReplyDelete