“Gate Tower Building”, sebuah bangunan 16 tingkat di Osaka, Jepun ini aadalah antara bangunan paling unik di dunia kerana terdapat sebatang jalan raya bertol yang menembusinya, tepat diantara tingkat 5 hingga 7. Jalan tol yang menembusinya merupakan jaringan jalan tol sepanjang 293.3 km. Jalan tol ini adalah sebahagian dari “Hanshin Expressway”, jaringan jalan tol yang menghubungkan Osaka, Kobe dan Kyoto. Uniknya lagi, penyelenggara jalan tol tersebut merupakan penyewa tetap pada tingkat ke 5 hingga 7 di gedung ini. Pada tahun 1983, pembangunan bangunan baru di kawasan ini dihentikan oleh pihak berkuasa tempatan, setelah rancangan pembangunan jalan tol yang kebetulan melalui kawasan bangunan ini dimuktamadkan. Namun, pemilik gedung ini menolak untuk menyerah,dan tidak mahu memindahkan bangunan tersebut ke tempat lain. Setelah berunding dengan penyelenggara jalan tol selama 5 tahun, muncullah solusi ini.