Seni ukiran pasir merupakan antara salah satu hasil karya seni yang masih kurang popular jika dibandingkan dengan karya-karya seni yang lain. Mungkin bagi kebanyakan orang, aktiviti ini hanya dianggap sebagai aktiviti suka-suka jika pergi berkelah di tepi pantai seperti aktiviti membina istana pasir. Namun kini, ia telah menerima satu suntikan baru apabila kini ia dianggap sebagai salah satu karya seni yang mula mendapat pengiktirafan. Malah di beberapa negara seperti di Eropah, China, Korea Selatan dan lain-lain, beberapa buah muzium yang menampilkan arca pasir ini telah didirikan. Apa kata anda tengok gambar-gambar di bawah. Menarik, tertarik? Kalau ya, anda memang da bomb!!