Skip to main content

Indonesia Bangunkan Menara Tertinggi Atasi Menara Berkembar Petronas






Hasrat Indonesia untuk memiliki bangunan komersial tertinggi di bandar raya Jakarta akan tercapai menerusi pembinaan sebuah menara berketinggian 638 meter dengan 111 tingkat yang dinamakan sebagai Signature Tower. Ia dibangunkan seorang usahawan terkemuka Indonesia, Tomy Winata.


Selain menjadi mercu tanda ibu negara Jakarta, menara itu turut menempatkan ruang pejabat dan hotel mewah.

Menurut media tempatan, pembinaan Signature Tower di Sudirman Central Business District (SCBD) yang merangkumi kawasan seluas 45 hektar itu, bakal mengatasi ketinggian 452 meter Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur yang pernah menjadi menara tertinggi di dunia pada 1998 hingga 2004.


Pembinaan menara tersebut yang menelan kos AS$2 bilion (RM6 bilion), diharap akan mula dibina tahun ini dan disiapkan dalam lima tahun akan datang.

Bangunan itu dirancang oleh perunding-perunding berkelas dunia yang berpengalaman dalam pembangunan menara-menara tinggi dunia.

Usaha membangunkan Signature Tower juga diinspirasi daripada keindahan alam, kekayaan, budaya Indonesia dan akan turut memaparkan elemen kepak sayap burung garuda sebagai simbol negara Indonesia.

Berdasarkan senarai 100 menara tertinggi di dunia yang dikeluarkan Majlis Bangunan Tinggi dan Populasi Bandar Institut Teknologi Illinois di Chicago, Signature Tower akan menjadi menara tertinggi kelima dunia.

Bangunan tertinggi pertama dunia pada masa ini ialah Burj Khalifa di Dubai, yang dibina pada ketinggian 828 meter dengan 163 tingkat.


sumber: utusan, skycrapercity

Comments

  1. kukuhkan dulu ekonomi tu,baru la saingi malaysia...stop hntar pekerja dtg kerja sini...lpas tu bru pk hal nak buat bgunan tggi....jgn sibuk nak sama taraf dengan malaysia,sbb kamu tu masih jauh lagi....

    ReplyDelete
  2. Salah satu tanda2 kiamat...makin byk terbinanya bangunan mencakar langit...

    ReplyDelete
  3. petronas tower still menara berkembar tertinggi didunia dan pernah menjadi menara tertinggi didunia dari 1999-2004.indonesia baru buat bangunan tertinggi pun belum dapat pegang lagi rekod tertinggi didunia.tapi tidak mengapa,kami rakyat malaysia tak kisah.takut nanti udah siap menara rakyatnya aja terlalu membangga hingga hidungnya lebih tinggi dari menara.

    ReplyDelete
  4. Kalau dah siap pun bukan semua rakyat boleh naik @ tinggal kat situ.. nak sentuh tiang pun susah... Isu keselamatan pulak.. Cuba buat lebih tinggi, 1 km ke.. BARU KELAS..

    ReplyDelete
  5. Malaysia pernah pegang rekod menara tertinggi kat dunia dari

    1999-2004 tak ke terer malaysia ni .menara ni blom tentu dapat title..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. mlysia pun otw mmbina mnara tnggi drpd indo.. menara warisan tinggi 685m..- under contrtion..

    ReplyDelete
  8. buatkan saingan sampai tingkatan langit

    ReplyDelete
  9. Menara nya batal dibangun, kerana tidak mempunyai uang...hehehe
    Belum dibangun sudah sombong...loh makan.itu sombongnya, Tidak dibangun @ BATAL....Hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”