Pernah dengar pulau bernama Litla Dimun? Hahaha, mungkin ramai yang baru first time dengar nama pulau yang pelik ni kan? Mari kita berkenalan dengan pulau yang unik ini...
- Litla Dimun adalah sebuah pulau kecil antara pulau Suouroy dan Stora Dimun di Kepulauan Faroe.
- Pulau ini adalah yang terkecil daripada 18 pulau utama Kepulauan Faroe, dengan keluasan kurang daripada 100 hektar dan merupakan satu-satunya pulau yang tidak berpenghuni.
- Salah satu pemandangan yang paling menakjubkan dari pulau ini ialah ia sering diliputi oleh awan tebal.
- Jenis awannya dikenali sebagai awan lenticular, disebut sedemikian kerana berbentuk seperti lensa kamera. Awan lenticular biasanya pegun menjadikan ia kelihatan seperti topi atau payung yang menutupipuncak gunung atau pulau-pulau.
- Sepertiga bahgian selatan pulau ini adalah tebing batu, dengan selebihnya naik ke gunung Slaettirnir, tingginya mencapai 414 meter (1358 kaki).
Comments
Post a Comment