Seorang artis terkenal, Chris Burden (gambar di bawah) mencipta model bandar raya Metropolis II yang mempunyai 1,100 kereta mini dan pelbagai bentuk bangunan.
Burden menunjukkan hasil kerjanya itu di Muzium Seni Los Angeles dalam satu pameran yang diadakan di situ.
Model itu mempunyai 25 buah bangunan besar, 18 laluan trafik, 13 kereta api, 18 jalan raya dan seorang pengendali manusia.
Yang menariknya, model itu kelihatan 'hidup' dengan kereta mini dapat bergerak pada kelajuan kira-kira 386 kilometer sejam di sistem laluan jalan raya. Burden berkata kepada stesen televisyen ABC baru-baru ini bahawa kereta itu boleh berlanggar sesama sendiri. Kereta itu bergerak kerana terdapat daya tarikan magnet.
Saksikan klip video di bawah untuk melihat model 'hidup' Metropolis II
laju gila keta die..traffic light xde la kn
ReplyDelete