Sungguh bertuah jika dapat berkunjung ke Festival Harbin International Ice and Snow Sculpture yang berlangsung di wilayah Harbin, China..
Uniknya di tempat ini saban tahun acara dan pertunjukan ukiran ais yang begitu teliti seninya yang disertakan dengan kilauan lampu pelbagai warna yang begitu mengasyikkan.
Fakta Ringkas tentang Harbin:
- Harbin adalah ibu negeri bagi negeri Heilongjiang di Republik Rakyat China serta merupakan antara kawasan yang mempunyai salji terbanyak di dunia.
- Terletak di bahagian timur laut China kedudukan cuaca sejuk ini hasil dari angin sejuk dari Siberia. Ketika musim sejuk suhu di wilayah Harbin mampu mencecah sehingga -38.1 darjah celsius.
- Sebagai antara beberapa negara yang berbangga menganjurkan pesta ais, pertunjukan ini sebenarnya telah wujud sejak 1963 dan biasanya berlangsung selama sebulan. Namun pada kebiasaannya ia akan berlangsung lebih dari sebulan bergantung kepada sambutan orang ramai dan keadaan cuaca.
- Pesta ini kini meraikan ulang tahunnya yang ke 26, pernah terhenti penganjurannya untuk beberapa ketika akibat dari revolusi budaya yang dilancarkan oleh pemimpin Mao Zedong.
- Namun kini festival ini semakin meriah dan gemilang dengan lebih banyak ukiran yang turut melibatkan teknologi terkini boleh dilihat dengan penuh keterujaan.
- Pesta ais di Harbin ini adalah antara empat festival ais dan salji terbesar di dunia iaitu Japan's Sapporo Snow Festival, Canada's Quebec City Winter Carnival dan Norway's Ski Festival.
Pelbagai jenis ukiran, persembahan dan pesta:
Pelbagai ukiran ais boleh ditemui di sini antaranya bangunan pagoda dengan ketinggian sebenar, piramid Sphynx, istana-istana besar yang selalu kita lihat dalam filem-filem tentang kayangan dan juga ukiran moden.
Selain itu turut terdapat ukiran rupa bentuk haiwan yang menggambarkan dewa-dewa serta pelbagai bentuk ukiran yang mempunyai keseniannya yang tersendiri.
Proses Ukiran
Bagi menghasilkan ukiran ini bongkah ais besar yang diambil dari sungai Songhua sebelum gergaji manual digunakan untuk memotong kepada kepingan.
Para pengukir yang berpengalaman akan membentuk kepingan atau ketulan ais kepada bentuk dan arca yang telah dikenalpasti. Kebanyakan pengukir ini akan bekerja sehingga lewat malam untuk memastikan ia sempat siap sebelum festival bermula.
Air yang telah deion turut digunakan memandangkan ketulan ais ini lebih jernih berbanding ketulan ais biasa.
Bagi menambahkan keunikan ukiran ais ini, lampu berbagai warna digunakan bagi membangkitkan keindahan ukiran terutama apabila malam menjelang.
Dengan adanya festival yang begitu unik dan indah ini ia pasti mampu menaikkan industri pelancongan bukan saja untuk penduduk di China tetapi juga dari seluruh dunia.
Lagi gambar-gambar menarik:
sumber: utusan malaysia, telegraph.co.uk,coolpicturegallery.us
bestnye kalau dapat g tmpat macam nie .. seriously mmg lawa n menakjubkan ..
ReplyDeletewow cantiknya..teruja tgk semua gambar di atas tuu huhu
ReplyDelete