Skip to main content

Kejam! Rakaman Lelaki Islam Dibakar Hidup-Hidup di Myanmar Oleh Puak Buddha





Menangis Encik Billy tengok gambar dan video di bawah ni. Kenapakah wujud manusia yang kejam, bermusuhan dan saling berbunuhan antara satu sama lain? Kes terbaru ini berlaku di Myanmar di mana aktiviti perbersihan etnik besar-besaran pada abad ini sedang berlaku, dengan kekejaman tahap maksima dilakukan terhadap etnik Rohingya yang beragama ISLAM. Seorang lelaki Islam baru-baru ini dibakar hidup-hidup tanpa sebarang belas kasihan dan bantuan! Polis pula hanya memerhati tanpa menghalang perlakuan kejam ini.









Penjenayah Kemanusiaan

Pertubuhan hak asasi kemanusiaan mendedahkan satu rakaman video amatur anggota polis yang memaparkan tindakan sekumpulan penduduk tempatan membakar seorang lelaki Islam semasa rusuhan etnik di bandar Meiktila, Myanmar, bulan lalu.

Video berkenaan membabitkan pertempuran sekumpulan lelaki dikenali sebagai Skuad 969 dengan masyarakat Islam yang menjadi punca kepada kematian 43 orang.

Satu rakaman yang didedahkan ke dalam internet menunjukkan mangsa seorang Islam berguling di sekitar jalan raya selepas keseluruhan anggota badannya dibakar oleh kumpulan perusuh.

Sementara itu, sebilangan anggota polis turut dilihat memerhati mangsa mati secara terseksa di tengah-tengah jalan raya.

Kumpulan Skuad 969 itu memberi amaran kepada semua orang agar tidak memberi air kepada mangsa dan membiarkan mangsa mati.

Rakaman video berkenaan turut dijadikan sebagai bukti membabitkan pihak berkuasa Myanmar dan anggota Arakanese sebagai penjenayah kemanusiaan dalam kempen penghapusan etnik Rohingya.

Sejak tercetusnya keganasan menghapus etnik Rohingya di Rakhine, selatan Myanmar, sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh serta lebih 120,000 masyarakat Islam melarikan diri ke negara jiran.


Berikut beberapa lagi gambar kekejaman yang dilakukan:

 Cornered: After a Muslim district is set on fire people are seen fleeing the fire into the bushes, but a young Muslim man is forced into the open


 Beating: The rioters can be seen chasing a man wearing black through the long grass and hitting him with sticks


 Slaughter: He is pushed on to the ground before a savage blow with a sword strikes him and he is left on the ground, presumed dead





Perbersihan Etnik Terbesar Sejak Era Hitler

Myanmar telah melancarkan kempen pembersihan etnik ke atas etnik Rohingya beragama Islam, lapor Human Rights Watch (HRW) yang mengaitkan wujudnya perkuburan besar-besaran dan pengusiran melibatkan puluhan ribu etnik tersebut.

Etnik Rohingya yang dinafikan kerakyatan mereka itu berdepan dengan jenayah kemanusiaan seperti pembunuhan, penganiayaan dan pengusiran, jelas HRW yang berpangkalan di New York.

Para pegawai pemerintah Myanmar, pemimpin komuniti dan sami Buddha telah menganjur serta menggalakkan samseng-samseng yang dilindungi oleh pihak berkuasa negeri untuk melakukan serangan terancang ke atas perkampungan Islam di negeri Rakhine Oktober tahun lalu.

"Pemerintah Myanmar terlibat dalam kempen pembersihan etnik Rohingya yang berterusan hingga ke hari ini dengan menyekat bantuan dan pergerakan mereka," kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson.

Jurucakap Presiden Myanmar, Ye Htut bagaimanapun menegaskan pemerintah tidak akan memberi perhatian terhadap laporan yang bersifat sebelah pihak itu.

Pemerintah Myanmar sebaliknya menunggu laporan kajian suruhanjaya rasmi yang ditubuhkannya untuk menyiasat keganasan tersebut. Namun, pendedahan laporan itu sudah ditangguh beberapa kali.

Di Rakhine, lebih 125,000 orang etnik Rohingya dan penganut Islam lain telah diusir. Mereka juga disekat daripada menerima bantuan kemanusiaan dan dilarang pulang ke rumah masing-masing.




sumber: dailymail.co.uk, sinar harian, kosmo


Comments

  1. video pertama tu kat afrika. mangsa dibakar kerana didakwa mengamalkan ilmu hitam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana mungkìn kat Africa, tak da orang Nigga satu pun kat situ lah..

      Delete
  2. ga usah berselisih,biarkan menurut keyakinan masing2

    ReplyDelete
  3. haha misleading fact

    ReplyDelete
  4. negara kecil,boikot saja pasti kere..

    ReplyDelete
  5. pemandangan yang miris sekali,, kenapa harus berselisih seperti itu seharusnya hidup rukun dengan kepercayaan masing".

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”